Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ini merupakan jawatan terkini yang sedang dibuka permohonannya. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 (Contract Of Service/ Pinjaman). Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 30 Jun 2021.

Maklumat Jawatan Kerja di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

  • Jawatan dan Gred: Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 (Contract Of Service/Pinjaman)
  • Penempatan: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Taraf Jawatan: Contract Of Service/ Pinjaman
  • Jadual Gaji: Gaji Permulaan Gred S48 (RM5,117.00)
  • Bilangan Kekosongan: Satu (1)
  • Keutamaan/Kelebihan: Mempunyai latar belakang dalam bidang pembangunan belia dan penyelidikan sains sosial

Deskripsi Tugas

408690238 1544106963075629 1596214460150520273 n 1
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Effective Jun 2021 3
  1. Bertanggungjawab merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya ke atas dasar dan program pembangunan belia.
  2. Menyelia dan membimbing pelaksanaan pengurusan operasi khidmat pengurusan mengikut Pekeliling Kerajaan.
  3. Menyelia aspek perlaksanaan aktiviti/ program sokongan penyelidikan dalam pembangunan belia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi yang berkaitan.
  4. Memastikan hubungan kerjasama di antara IYRES dan kementerian/ agensi/ institusi dan lain-lain berkaitan pembangunan belia supaya mencapai objektif strategik dan impak penyelidikan IYRES.
  5. Memastikan proses semakan dan memastikan pengesahan semakan ke atas dokumen-dokumen berkaitan operasi khidmat pengurusan.
  6. Bertanggungjawab menghasilkan kerangka konsep program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk keperluan IYRES.
  7. Menyelia dan memastikan sebaran maklumat dan info berkaitan IYRES sampai ke peringkat pemegang taruh pembangunan belia.
  8. Menjalin kerjasama dan perhubungan serta mewujudkan “Partners Networks” dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun serta organisasi di sektor swasta, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
  9. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan IYRES dan bertanggungjawab menghadiri mesyuarat pengurusan secara berkala.
  10. Menerima dan menjalankan arahan dari semasa ke semasa.

Dapatkan “Borang Permohonan” di sini

Di sini admin nak kongsikan borang tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Borang Permohonan Jawatan IYRES

Cara Permohonan

  1. Calon-calon yang berminat memohon jawatan bolehlah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
    Resume;
    – Salinan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
    – Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
    – Borang permohonan perjawatan.
  2. Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).
  3. Dalam membenteras penularan gelaja dan wabak penyakit COVID19, IYRES menyarankan agar salinan dokumen dan sijil yang berkaitan die-mel melalui [email protected]. Semua salinan sijil perlu diimbas dan diserahkan dalam bentuk PDF. Sebarang bentuk salinan dokumen hardcopy tidak diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan jawatan kosong ini boleh dirujuk menerusi pautan rasmi Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati