Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2021

Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA

Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2021.

Bagi calon-calon yang telah memohon biasiswa atau tajaan JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) sesi 2021 dan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Dalam Negara boleh membuat semakan bermula 30 Jun 2021. Permohonan tajaan ini telah dibuka sejak Mac 2021 lalu.

Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA

Tarikh Penting Semakan

  • Bermula 30 Jun 2021 (Rabu) jam 5.00 petang

Cara Semakan Permohonan Tajaan JPA

Calon-calon boleh membuat semakan keputusan permohonan melalui langkah berikut:

  1. Semakan perlulah dilakukan secara atas talian melalui pautan di bawah:
  2. Calon perlu log masuk ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan yang sama ketika calon membuat permohonan tajaan sebelum ini
  3. Calon digalakkan menggunakan sawang pelayar web pencarian versi terkini seperti Google ChromeMozilla Firefox dan Safari.
JPA SISTEM

Perjanjian Pinjaman JPA & Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA

Kepada calon yang berjaya terpilih dan ditawarkan penajaan program dan bersetuju untuk dibiayai oleh pihak JPA adalah tertakluk dengan syarat dan terma perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman boleh diubah atau ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran semula sekiranya calon berkhidmat/bekerja dalam Perkhimatan Awam; atau
  • Calon akan dikenakan bayaran semula sebanyak 25% daripada keseluruhan jumlah pinjaman diterima sekiranya calon berkhidmat/bekerja di dalam syarikat milik kerajaan (GLC); atau
  • Calon dikenakan bayaran semula sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan pinjaman apabila calon berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara;atau
  • Calon perlu membayar semula 100% iaitu sepenuhnya jumlah pinjaman diterima sekiranya selain daripada terma yang tertera di atas.
10376944 481365148678609 2509805974792008239 n
Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan atau agensi-agensi berkaitan seperti Permohonan Yayasan ANGKASA 2021/2022, Biasiswa UKM Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah 2021/2022, Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang ke Universiti Tempatan 2021.

Maklumat Lanjut

Jika sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui keterangan lebih lanjut mengenai semakan keputusan permohonan, boleh hubungi talian berikut:

Emel: [email protected] 

atau

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA.

Semoga perkongsian Semakan Keputusan Permohonan Tajaan JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2021 dapat membantu para pelajar untuk membuat semakan keputusan permohonan bagi mendapatkan tajaan oleh JPA dalam melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dalam negara. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel dengan ahli keluarga, atau kenalan ramai yang layak untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati