Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM Effective Jun 2021

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM ini merujuk kepada permohonan jawatan yang sedang ditawarkan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 Jun 2021 (Rabu), jam 3.00 petang. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Maklumat Jawatan Kosong Sebagai Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM

  • Jawatan: PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
  • Kementerian/Jabatan: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan
    Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Taraf Jawatan: Contract of Service (COS)

Deskripsi Tugas Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kewangan seperti menyediakan invois, merekod dan mengemas kini daftar terimaan hasil dan cek tak laku, mengemas kini fail invois, menyediakan resit terimaan dan lain-lain berkaitan kewangan.

Jadual Gaji Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM

Gaji MinimumRM 1,353.00
Gaji MaksimumRM 4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00

Syarat Lantikan

408540503 10232014639046832 686066034403061301 n 1
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan
    pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Iklan Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM

Cara Permohonan

  • Sila rujuk maklumat dalam Iklan Jawatan Kosong di atas untuk ketahui cara-cara permohonan jawatan ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati