Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 ini merupakan permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 30 kekosongan dan 40 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Julai 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.
Individu yang dilantik ke jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Keterampilan yang baik.
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
- Bakat kepimpinan.
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Jadual Gaji Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
Isi Kandungan
Gaji Minimum | RM 1,360.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,052.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Pembantu Penguat Kuasa
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau - Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)
Bidang SKM Tahap 3
- Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas)
- Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi)
- Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan
- Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat
Kelayakan Bahasa Melayu
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: IKLAN-SPA9_PK-KPDNHEP-PembantuPenguatKuasaGredKP19
Cara Permohonan Pembantu Penguat Kuasa
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
- Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
- Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
- Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP
- Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu
- Jawatan Kosong Bukan Akademik UPSI
- Pengambilan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil
- Jawatan Kosong Pengawas Hutan Gred G19
- Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM
- Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UITM
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
- Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
- Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa KP19
- Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
- Jawatan Kosong Penjaga Jentera Elektrik J19
- Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!