Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia ini merujuk kepada tawaran kerja terkini yang sedang dibuka. Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi jawatan bertaraf TETAP di HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM).
Kategori Jawatan Kosong di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Isi Kandungan
- Jawatan Bukan Akademik (Tarikh tutup permohonan: 8 Julai 2021)
- Jawatan Kritikal (Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2021)
Senarai Jawatan Kosong di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Syarat Umum Permohonan
- Calon mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan:-
a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun; atau
ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan wajib 58 tahun; atau
iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan wajib 60 tahun. - Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
- Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download: Iklan_Jawatan_Kosong_Bilangan_1_2021_HPUPM
Cara Permohonan
- Permohonan jawatan perlu dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian (eJOBS)
- Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong HPUPM ini boleh dirujuk menerusi pautan berikut:
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP
- Jawatan Kosong Majlis Daerah Setiu
- Jawatan Kosong Bukan Akademik UPSI
- Pengambilan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil
- Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
- Jawatan Kosong Pengawas Hutan Gred G19
- Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan KKM
- Jawatan Kosong Fakulti Perubatan UITM
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
- Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
- Jawatan Kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!