Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bahaya Pneumonia di Musim Panas: 7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak-kanak

7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak kanak
Bahaya Pneumonia di Musim Panas: 7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak-kanak 6

Jangkitan kuman paru paru adalah suatu penyakit yang kerap didengari. Musim panas dan berselang seli dengan hujan ketika ini menyebabkan ramai kanak-kanak mengalami jangkitan kuman paru paru yang membawa kepada simptom seperti batuk sehingga sukar bernafas. Kadar dehidrasi yang tinggi pada musim panas menyebabkan kanak-kanak mudah batuk dan demam.

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Artikel ini menerangkan apakah itu jangkitan kuman paru paru, gejala ringan dan gejala berat apabila jangkitan kuman pada paru-paru telah menjadi semakin serius, dan punca-punca jangkitan kuman pada paru-paru serta kaedah rawatan yang perlu diambil pesakit.

btk
Bahaya Pneumonia di Musim Panas: 7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak-kanak 7

Penerangan Mengenai Jangkitan Kuman Paru paru

Jangkitan kuman paru paru boleh disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat. Kadang-kala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selesema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa. Berikut merupakan penerangan mengenai jangkitan kuman paru paru.

Apakah itu Jangkitan Kuman pada Paru-paru?

Merujuk kepada maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, jangkitan kuman paru paru juga dikenali sebagai pneumonia. Jangkitan ini boleh menyebabkan kantung udara kecil dalam paru-paru (alveoli) dipenuhi dengan cecair dan nanah. Ia boleh berpunca daripada kulat (fungus), bakteria, virus, dan lain-lain. Jangkitan kuman pada paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

j
Bahaya Pneumonia di Musim Panas: 7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak-kanak 8

Gejala Umum Jangkitan Kuman Paru paru

Antara beberapa simptom jangkitan kuman paru-paru adalah seperti berikut:

Demam panas 39-40 darjah celsius
Jantung berdegup laju
Sakit sendi dan otot terasa sakit atau lemah
Loya atau muntah
Batuk/berkahak, sesak dada, sesak nafas dan batuk berdarah
Kulit kelihatan kebiru-biruan
Tekanan darah menurun
Menggigil atau kesejukan
Kurang selera makan

Gejala Jangkitan Paru paru Kanak-kanak

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman paru paru akan mengalami beberapa gejala yang sama. Kebiasaannya kanak-kanak akan mengalami:

  1. Demam panas.
  2. Batuk dengan atau tanpa kahak.
  3. Sakit dada.
  4. Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  5. Rasa tidak sihat, sering merengek.
  6. Pernafasan laju atau susah bernafas.
  7. Muntah atau cirit-birit.

Tanda-tanda Apabila Jangkitan Menjadi Semakin Serius

Bagi sesetengah kanak-kanak, jangkitan kuman pada paru-paru boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat, ia bergantung kepada latar belakang kesihatan kanak-kanak tersebut. Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil dan bayi. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

  1. Pernafasan laju.
  2. Sukar untuk bernafas.
  3. Bibir menjadi biru.
  4. Batuk berdarah.
  5. Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

Punca Jangkitan Kuman Pada Paru-paru Kanak-kanak

Jenis kuman yang menjangkiti kanak-kanak boleh berlaku daripada jenis bakteria, virus, dan kulat. Bakteria yang mengakibatkan penyakit pneumonia adalah Streptococcus pneumoniae dan Mycoplasma pneumoniae (pneumonia yang biasa digelar “walking pneumonia”). Virus pula adalah virus influenza A (influenza) dan virus syncytial pernafasan (RSV). Bagi individu dengan sistem ketahanan badan (imun) yang lemah, penyakit pneumonia boleh diakibatkan oleh organisma kulat iaitu Pneumocystis pneumonia. Organisma ini mengakibatkan serangan radang paru-paru pada pesakit HIV.

150250564 261756901988807 1550491981000502354 n
Bahaya Pneumonia di Musim Panas: 7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak-kanak 9

Antara punca penyebab berlakunya jangkitan pneumonia pada kanak-kanak:

  1. Menghidu udara yang telah dijangkiti pneumonia atau bakteria tertentu.
  2. Menghidap jangkitan pada sistem pernafasan seperti selesema
  3. Mengalami komplikasi akibat penyakit lain seperti cacar air atau campak
  4. Dalam kes sawan dan strok, jangkitan terjadi akibat menarik nafas dengan jus gastrik dalam perut, perut dipenuhi makanan, atau muntah dalam paru-paru.

Kaedah Rawatan Jangkitan Paru-paru

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Jika tidak serius, pesakit boleh mencuba rawatan ini di rumah:

  • Paracetamol/Panadol.
  • Rehat yang secukupnya.
  • Minum air yang banyak.

Bakteria penyakit radang paru-paru boleh dibunuh dengan mengambil antibiotik mengikut jadual, seperti yang ditetapkan doktor. Antara ubat-ubatan lain yang boleh membantu melegakan tanda-tanda penyakit adalah :

  • Ubat batuk untuk membebaskan cecair paru-paru
  • Ubat demam seperti anti-pyretics, ibuprofendan. Jangan beri ubat aspirin pada kanak-kanak, ia boleh mengakibatkan sindrom Reye.

Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera di hospital jika penyakit bertambah serius.

Petua Rawatan Batuk Secara Semulajadi

batuk
Bahaya Pneumonia di Musim Panas: 7 Gejala Jangkitan Kuman Paru paru pada Kanak-kanak 10

Soalan FAQs Jangkitan Kuman Paru-paru

Apakah itu pneumonia?

Jangkitan kuman pada paru paru.

Apakah kesan musim panas kepada pesakit jangkitan kuman paru- paru?

Semasa musim panas, pesakit akan mengalami dehidrasi yang teruk, menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah dan menerukkan lagi simptom batuk dan selsema.

Apakah jenis-jenis kuman yang mengakibatkan pneumonia pada kanak-kanak dan dewasa?

Tiga jenis kuman iaitu bakteria, virus, dan kulat iaitu dikenali sebagai Streptococcus pneumoniae dan Mycoplasma pneumoniae, virus influenza A (influenza), virus syncytial pernafasan (RSV) dan Pneumocystis pneumonia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati