Terkini : Parlimen Dibubar Hari Inil Bersedia Untuk Menghadapi PRU-15.
Makluman terbaru diterima, kerajaan Malaysia dibawah perikatan nasional mengumumkan membubarkan parlimen bagi memberi ruang pilihanraya umum yang ke-15 bagi tahun 2022. Kemungkinan penantian bagi PRU-15 akhirnya menunjukkan noktah untuk tahun ini.
Rasmi :Parlimen Dibubar Hari Ini
PM Adakan Pengumuman Khas
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri akan menyampaikan perutusan khas mengenai pembubaran Parlimen, petang ini.
Perdana Menteri melalui media sosial rasmi beliau memaklumkan pengumuman itu akan diadakan di Kompleks Seri Perdana dekat Putrajaya, jam 3 petang ini.
Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan hari ini, berkemungkinan berkaitan pembubaran Parlimen.
Bercakap pada sidang media, beliau juga mengesahkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sudah pun mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Namun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, memaklumkan pihaknya belum menerima apa-apa makluman berkaitan pembubaran Parlimen.
Sehubungan itu katanya, sesi Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-14 akan diteruskan seperti dijadualkan esok, yang antara lain akan membahaskan Bajet 2023.
Persidangan Dewan Rakyat esok, adalah hari pertama bagi sesi pembahasan Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jumaat lalu.
Semalam, Ismail Sabri dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dipercayai untuk mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen.
Memetik laporan New Straits Times, kunjungan itu bagaimanapun tidak diketahui media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana.
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke London, malam tadi bagi mengadakan lawatan khas ke United Kingdom, mulai hari ini hingga 16 Oktober ini.
Turut kelihatan mengiringi keberangkatan Yang di-Pertuan Agong di lapangan terbang ialah Azhar yang mana kehadiran beliau dikaitkan dengan desas-desus pembubaran Parlimen, hari ini.
Kredit: Berita Harian
UPDATE: PARLIMEN KINI DIBUBAR SELEPAS PENGUMUMAN OLEH PM
Terkini, secara rasmi parlimen kerajaan Malaysia kini dibubar, pengumuman itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi pada pukul 3.
Ini merupakan pengumuman penting dan negara kita bakal mengadakan Pilihanraya Umum kali ke 15 untuk tahun 2022.
Kepada semua, sila bersiap sedia untuk menghadapi PRU15.
Info PRU15 TERKINI:
Tarikh Bubar
10 Oktober 2022
Tarikh Penamaan Calon
22 Oktober 2022
Tarikh Mengundi Awal
1 November 2022
Tarikh Mengundi
5 November 2022