Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PENGAMBILAN IKM TERBUKA DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT l MOHON SEGERA 2023

IKM DIPLOMA

PENGAMBILAN TERBUKA DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT l MOHON SEGERA. Pihak IKM Alor Setar, kedah baru sahaja membuka kemasukan terbaru program pengajian Diploma. Kemasukan tersebut adalah kemasukan bagi sesi Jul-Dis tahun 2022.

Pengajian yang ditawarkan ialah Diploma Teknousahawan Rekabentuk Dan Pengeluaran Perabot, program ini akan menawarkan pengalaman dan ilmu berharga kepada mereka yang menyertai program pengajian. Terdapat banyak manfaat dan kelebihan program pengajian yang ditawarkan. Sila ikuti maklumat lanjut dibawah.

PENGAMBILAN TERBUKA DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT l MOHON SEGERA

IKM
IKM

Apakah Itu Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pengeluaran Perabot?

Program Diploma Teknousahawan Rekabentuk & Pengeluaran Perabot menawarkan pengajian melalui kaedah Product Base Education ( PBE), dimana kaedah pembelajaran menggunakan konsep baru. Pelajar akan dilatih dan dibimbing menjadi usahawan baru dalam bidang Industri Perabot. Pelajar akan mengikuti latihan berasaskan dunia perniagaan sebenar, serta kaedah pengajian yang ditawarkan adalah fleksibel iaitu (80%) amali dan teori (20%).

Program ini dijangka akan melahirkan Usahawan Perabot Bumiputera yang berdaya saing, berani serta berpendapatan tinggi. Mampu menguruskan syarikat dengan baik dan dapat mengendalikan kewangan perniagaan dengan kemas dan teratur. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA berusaha untuk menambah bilangan Usahawan Bumiputera ke arah melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Butiran Program Pengajian Yang Ditawarkan

Nama institusi : IKM Alor Setar, Kedah

Laman Web Institusi : www.ikmas.edu.my

Kod Pengkhususan : KUR0044

Tahap Pengkhususan : Diploma

Tempoh Pengajian : 24 Bulan

Biasiswa/Pinjaman : Ada

Lain-lain : Elaun sara hidup & penginapan asrama disediakan

Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon?

Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak IKM bagi menyertai program yang ditawarkan:

  1. Berumur 18 – 40 Tahun
  2. Warganegara Malaysia & Bumiputera
  3. Sihat Tubuh Badan
  4. Lulus Sijil IKM dalam bidang Perabot ATAU
  5. Lulus Sijil Profesional GIATMARA dan 1 tahun pengalaman dalam pembuatan perabot ATAU
  6. Lulus Sijil Institut Kemahiran Awam dalam bidang Perabot ATAU
  7. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara ATAU
  8. Mempunyai pengalaman berkerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam industri pembuatan perabot

Kandungan Silibus Program Yang Ditawarkan

  • Semester 1: Furniture Production 1, Furniture Design 1, Furniture Costing & Sale, Business Mind Set, Konsep Keusahawan Dalam Islam, Basic Entrepreneurial English, Core Abilities
  • Semester 2: Furniture Production 2, Furniture Design 2, Furniture Management Skill Furniture,  Furniture Human Resource Technical,  Business Start-Up, Core Abilities
  • Semester 3: Industrial Training (Technopreneur)
  • Semester 4: Technopreneur Business Training & Industrial Linkages

PROSPEK KERJAYA

Jawatan : Usahawan Perabot / Pengurus

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Mereka yang menamatkan program pengajian layak untuk menyambung pengajian ke peringkat IPTA/IPTS

Bagi mereka yang berminat untuk memohon program yang ditawarkan, anda boleh merujuk maklumat dibawah.

PERMOHONAN PENGAJIAN DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT DI IKM ALOR SETAR TAHUN 2022

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Belajar Program Pengajian Yang Ditawarkan?

Kepada mereka yang berminat, anda boleh mengisi borang yang disediakan. Permohonan yang diisi lengkap akan dipanggil untuk hadir temuduga yang akan diadakan pada 29 – 31 MEI 2022 bagi kemasukan program pengajian DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT DI IKM ALOR SETAR. Untuk memohon, anda boleh mengisi borang yang disediakan dibawah:

BORANG/FORM PERMOHONAN PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN PERABOT

Sila ikuti cara-cara membuat permohonan secara atas talian Disini.

Program Diploma IKM Alor Setar, Peluang Anak Muda Ceburi Bidang Perniagaan

Dengan pengumuman kemasukan bagi program pengajian Diploma, ia akan membuka ramai golongan rakyat Malaysia untuk bersama-sama merebut peluang pengajian untuk mencipta dan mengembangkan kerjaya keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati