Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Gaji Gred D SSPA Terkini Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Pendidikan Mulai 1 Disember 2024

Jadual Gaji Gred D SSPA Terkini Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Pendidikan Mulai 1 Disember 2024

Rujuk jadual gaji gred D SSPA yang baru di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Gred D khusus untuk sektor pendidikan. Peningkatan gaji minimum dan maksimum ini bertujuan untuk memberikan imbuhan yang setimpal kepada kakitangan dalam sektor pendidikan, yang memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi muda dan memastikan kemajuan negara dalam bidang pendidikan.

Jadual gaji baru ini dilihat sebagai satu langkah positif bagi memperkasakan para guru, pensyarah, dan pegawai pendidikan tinggi, termasuk institusi pendidikan vokasional. Selain daripada mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka, ia juga merupakan pengiktirafan terhadap peranan signifikan mereka dalam sistem pendidikan negara.

Senarai Skim Perkhidmatan Gred D SSPA Terkini dan Pemindahan Gred Bagi Skim Perkhidmatan Gred D Pendidikan

Berikut adalah senarai skim perkhidmatan yang terlibat dalam Gred D di bawah SSPA mulai 1 Disember 2024:

Skim PerkhidmatanGred SSMGred SSPA
Guru BahasaDG41, DG44, DG48, DG52, DG54DG9, DG10, DG12, DG13, DG14
Pensyarah UniversitiDS45, DS51/52, DS53/54, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus IDS11, DS13, DS14
Pensyarah PerubatanDU51P, DU51, DU53/54, DU55/56, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus IDU13P, DU13, DU14, DU15, Khas
Pensyarah FarmasiDUF45, DUF51/52, DUF53/54, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus IDUF11, DUF13, DUF14, Khas
Pensyarah PergigianDUG51P, DUG51, DUG53/54, DUG55/56, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus IDUG13P, DUG13, DUG14, DUG15, Khas
Pensyarah UiTMDM41, DM45/46, DM51/52, DM53/54, Khas C, Khas B, Khas A, Khas Turus III, Khas Turus II, Khas Turus IDijumudkan
Pegawai Perkhidmatan PendidikanDG29, DG32, DG34, DG38, DG40, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54DG5, DG6, DG7, DG8, DG9,DG10, DG12, DG13, DG14
Pegawai Pendidikan Pengajian TinggiDH29, DH31/32, DH33/34, DH39/40, DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54DH5, DH6, DH8, DH9, DH10, DH12, DH13, DH14
Penolong Pensyarah UiTMDM29, DM32, DM34, DM40Dijumudkan
Pembantu/Penolong/Pegawai Latihan VokasionalDV19, DV21/22, DV29/30, DV35/36, DV37/38, DV41/42, DV43/44, DV51/52, DV53/54DV1, DV2, DV5, DV6, DV7, DV8, DV9, DV10, DV12, DV13, DV14

Jadual gaji ini akan menjadi panduan kepada kakitangan dalam sektor pendidikan untuk merancang masa depan kerjaya mereka, di samping memastikan mereka diberi imbuhan yang sewajarnya untuk sumbangan mereka kepada negara.

Jadual Gaji Gred D SSPA Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Pendidikan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaji minimum dan maksimum bagi Gred D dalam sektor Pendidikan, anda boleh merujuk jadual yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Rujuk jadual gaji gred D SSPA minimum dan maksimum dibawah:

Jadual Gaji Gred D SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional:

Gred GajiGaji Minimum (RM)Gaji Maksimum (RM)Kadar KGT (RM)Kadar KGM (RM)
157,030.0016,350.00400.00374.25
146,560.0015,360.00320.00362.13
136,210.0014,370.00290.00339.96
13P4,430.0013,640.00280.00322.17
125,530.0013,540.00270.00320.25
113,320.0012,760.00255.00302.25
103,840.0012,150.00250.00286.80
92,250.0011,110.00225.00262.68

Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang menerima kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi daripada kadar KGT yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan terus menggunakan kadar KGT tersebut di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP).

Jadual Gaji Gred D SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pelaksana:

Gred GajiGaji Minimum (RM)Gaji Maksimum (RM)Kadar KGT (RM)Kadar KGM (RM)
85,390.0010,590.00225.00249.18
73,810.009,290.00180.00218.70
63,080.008,560.00155.00206.55
51,650.006,620.00145.00155.19
42,930.006,410.00130.00152.76
32,790.006,090.00125.00143.76
22,220.005,770.00115.00136.02
11,500.004,680.00100.00109.56

*Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Disamping itu, anda boleh merujuk pada pekeliling SSPA yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati