Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan UKM Mei 2024

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan UKM Mei 2024

UKM kini sedang membuka jawatan UKM Mei 2024 bagi permohonan segera oleh para calon yang berminat. UKM adalah merupakan sebuah Universiti yang ternama dan mempunyai prestasi yang terbaik dalam Malaysia dan luar Malaysia.

Pemakluman berkenaan jawatan UKM Mei 2024 ini adalah merupakan berita gembira kepada mereka yang kini sedang mencari pekerjaan. Oleh itu, dialu-alukan untuk membuat semakan lebih lanjut berkenaan tawaran kerja oleh UKM.

Berkenaan Jawatan UKM Mei 2024

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Universiti Kebangsaan Malaysia seperti berikut:

  1. Pegawai Sains Gred C41
  2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  3. Juruukur Bahan Gred 341
  4. Pegawai Undang-Undang Gred L41
  5. Pegawai Psikologi Gred S41
  6. Pustakawan Gred S41
  7. Penolong Pegawai Tabir Gred N29
  8. Penolong Pegawai Sains Gred C29
  9. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA
  10. Penolong Jurutera Gred JA29
  11. Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29
  12. Juruteknologi Pergigian Gred U29
  13. Penolong Akauntan Gred W29
  14. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
  15. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  16. Juruteknik Komputer Gred FT19
  17. Pembantu Makmal Gred C19
  18. Pembantu Keselamatan Gred KP19
  19. Pembantu Kemahiran Gred H19
  20. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
  21. Pengawal Keselamatan Gred KP11
  22. Pembantu Awam Gred H11
  23. Pemandu Kenderaan Gred H11
  24. Pembantu Operasi Gred NITI
  25. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Dibawah adalah merupakan maklumat dan keperluan jawatan dalam bentuk jadual seperti berikut:

PerkaraMaklumat
Taraf JawatanKontrak/Tetap
Lokasi dan KekosonganUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor

Tempoh Permohonan Jawatan UKM Mei 2024

Untuk maklumat berkenaan tempoh permohonan, permohonan adalah dibuka sejak 21 Mei 2024 dan permohonan akan ditutup secara rasminya pada 3 Jun 2024 bersamaan hari Isnin. Oleh itu, diminta kepada para calon untuk segera membuat permohonan dan mengikuti kaedah permohonan yang betul.

Mohon ambil perhatian juga berkaitan senarai tugas dan syarat kelayakan permohonan jawatan yang ditetapkan oleh pihak UKM.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan UKM

Untuk pemohon yang berminat dalam mengemukakan permohonan jawatan UKM Mei 2024, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai kelayakan akademik bermula dari PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang pengkhususan akademik.

Dapatkan info lebih lanjut dan lengkap melalui pautan rasmi semakan iklan hebahan jawatan kosong UKM. Boleh rujuk maklumat dibawah.

Rujukan Info Penuh Bagi Iklan Jawatan Kosong

jawatan ukm mei 2024

Perkara penting untuk para calon mengambil perhatian berkenaan makluman rasmi daripada pihak UKM berkenaan hebahan kekosongan banyak jawatan yang diumumkan melalui laman web rasmi. Untuk para calon, anda boleh membuat semakan lebih lanjut dan terperinci melalui rujukan pautan berikut:

Cara Mohon Jawatan UKM Mei 2024

Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UKM melalui pautan berikut:

  • Layari laman web kerjaya UKM.
  • Log masuk atau daftar akaun terlebih dahulu bagi mereka yang tidak mempunyai akaun.
  • Selepas berjaya log masuk. Anda boleh melihat perincian senarai jawatan kosong yang dibuka.
  • Untuk membuat permohonan, sila pergi ke bahagian permohonan dan buat permohonan dengan memilih jawatan yang anda minat.
  • Isi segala maklumat butiran diri yang diperlukan dibahagian maklumat peribadi, maklumat akademik dan lain-lain.
  • Selepas anda berpuas hati dengan permohonan, boleh mmebuat pengesahan untuk mengesahkan permohonan jawatan UKM Mei 2024.

Semasa membuat isian, anda perlu memastikan segala maklumat yang anda sediakan adalah benar dan menepati dengan ketetapan yang ditetapkan oleh pihak UKM.

Perhatian:

  • Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan UKM dan temuduga
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Emel: [email protected]

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati