Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

16 Tatacara Pemakaian Uniform bagi Persekutuan Pengakap Malaysia yang Betul

Uniform bagi Persekutuan Pengakap
Uniform bagi Persekutuan Pengakap

Tatacara Uniform bagi Persekutuan Pengakap. Perkongsian kami ini diambil dari sumber Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor bagi memudahkan para guru dan pelajar mengetahui tatacara pemakaian uniform pengakap dengan betul mengikut panduan.

Apa itu Pengakap 

Persekutuan Pengakap Malaysia yang juga disebut PPM adalah salah satu badan unit beruniform yang terdapat di negara ini. Persekutuan Pengakap Malaysia ini terbuka kepada sukarela untuk semua warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan umur.

Sejarah Pengakap Malaysia

Pada 2 haribulan Julai 1910, Sir Frank Cooper Sands yang telah menubuhkan pasukan pertama Pengakap Kanak-kanak di Singapura setelah dua tahun BP mengasaskan pergerakan Pengakap ini di Englah. Seterusnya, pergerakan Pengakap telah tersebar di Malaysia dan Borneo.

Lanjutan daripada tersebar luasnya pergerakan ini, badan penyelaras mula diwujudkan untuk kelancaran pergerakan ini. Pergerakan Pengakap di Malaysia telah disusun semula selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua, ianya dikenali sebagai Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Selepas negara kita mendapat Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persekutuan ini telah diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Susulan daripada penggabungan Tanah Melayu bersama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, pada November 1964, Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) pada tahun 1968, dan (Semakan) pada tahun 1989. Penaung-penaung bagi Persekutuan Pengakap Malaysia pada peringkat negeri dan nasional adalah Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama.

Dapatkan “Info Lengkap Uniform bagi Persekutuan Pengakap” di sini

Kami ingin kongsikan di sini tatacara pemakaian uniform pengakap yang lengkap dan betul bagi Persekutuan Pengakap Malaysia dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Anda boleh memuat turun bahan dengan menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

1
Uniform bagi Persekutuan Pengakap
2
Uniform bagi Persekutuan Pengakap
3
Uniform bagi Persekutuan Pengakap
4 1
Uniform bagi Persekutuan Pengakap

Pengakap-pengakap di Malaysia

Terdapat beberapa jenis pengakap di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Berikut adalah jenis-jenis pengakap iaitu:-

Pengakap Lebah

  • Bagi pengakap lebah, ahli terdiri daripada murid-murid tadika atau prasekolah di dalam lingkungan umur 4-6 tahun.

Pengakap Kanak-kanak

  • Untuk pengakap kanak-kanak pula, keahlian murid terdiri dari umur 9 hingga 12 tahun iaitu Tahun 3 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah.

Pengakap Muda

  • Bagi peringkat sekolah menengah pula, keahlian untuk pengakap muda adalah pelajar berumur dari 13 hingga 15 tahun iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Pengakap Remaja

  • Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah  yang berumur 14 hingga 17 tahun, mereka akan tergolong dalam pengakap remaja.

Pengakap Raja

  • Pengakap Raja merupakan Anugerah tertinggi di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Ahli akan menerima Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong serta barisan sultan-sultan di Malaysia.

Pengakap Kelana

  • Pengakap Kelana pula terdiri daripada ahli yang berumur antara 17 hingga 26 tahun.

Perkongsian Bermanfaat

Oleh itu, diharap dengan perkongsian ini berkaitan Tatacara Pemakaian Uniform Persekutuan Pengakap Malaysia yang betul dapat memberikan manfaat dan panduan khususnya kepada guru-guru penasihat unit beruniform yang berkenaan dan juga pelajar. Layari laman web kami untuk mengetahui pelbagai info-info menarik berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati