Dilahirkan Tidak Sempurna namun kekurangan diri sebenarnya bukan penentu kemampuan seseorang itu, sebaliknya ia adalah kekuatan untuk membentuk kita menjadi insan yang lebih baik.
Ia dapat disimpulkan menerusi kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Alif Firdaus, yang menghidap Epidermolysis Bullosa merupakan salah satu penyakit kulit yang serius.
Walaupun Dilahirkan Tidak Sempurna, Kemampuan Anak Ini Buat Ramai Terkedu
Disebabkan penyakit itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan.
Cantik tulisan adik Alif
Namun, disebalik kekurangan dirinya, adik Alif seorang yang tidak pernah mengalah dan dia menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya.
Menerusi perkongsian di Facebook ibunya, Ruz Dyah, meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu. Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali
Tak pernah merungut, Alif kuat semangat
Menurut ibunya, ikutkan agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, anaknya yang kini berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan terus berusaha untuk menulis dengan baik.
Tambah ibunya, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Lihat daripada senyuman adik Alif, dia seorang anak yang kuat dan bahagia menjalani kehidupannya, disamping keluarga serta rakan-rakannya. Semoga adik Alif dapat menjadi inspirasi untuk kita sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Sumber : Ruz Dyah