Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Effective 16 Ogos 2021

Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021

Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021 bagi tujuan riadah. Selain daripada Kebenaran Operasi 11 Jenis Aktiviti Ekonomi Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021, kerajaan juga bersetuju membenarkan taman-taman rekreasi awam bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibuka bagi tujuan aktiviti riadah berkuat kuasa 16 Ogos 2021 demi memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara terutamanya dalam usaha mengurangkan tekanan terhadap kesihatan mental.

Walau bagaimanapun, hanya aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti jogging, berbasikal dan bersenam dibenarkan, selari dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN. Orang ramai juga hanya dibolehkan mengunjungi taman-taman rekreasi awam di kawasan kejiranan sahaja. Oleh hal yang demikian, anda semua dilarang sama sekali untuk merentas negeri atau daerah dengan tujuan pergi ke taman rekreasi lain. Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri menyeru agar kemudahan ini tidak disalah guna.

YAB Perdana Menteri turut menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan yang bertanggungjawab memantau pematuhan SOP di taman-taman rekreasi awam ini, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

Peraturan dan Garis Panduan Mengunjungi Taman Rekreasi Awam

408685897 1062983494842587 5113394143945824783 n
  1. Hanya aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti jogging, berbasikal dan bersenam dibenarkan, selari dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN.
  2. Hanya boleh mengunjungi taman-taman rekreasi awam di kawasan kejiranan sahaja.
  3. Tidak boleh rentas negeri atau daerah untuk pergi ke taman rekreasi lain.
  4. Wajib mematuhi penjarakan fizikal.
  5. Memilih taman rekreasi yang terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kebenaran mengunjungi taman rekreasi awam berkuat kuasa 16 Ogos 2021 bagi tujuan riadah dalam fasa 1 PPN ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Kebenaran Mengunjungi Taman Rekreasi Awam Berkuat Kuasa 16 Ogos 2021 bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 PPN ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda semua juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan semasa mengunjungi mana-mana taman rekreasi awam berhampiran.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati