Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Pengantin Baru Sehingga RM 1,000 Mengikut Negeri

Bantuan Pengantin Baru
Bantuan Pengantin Baru

Bantuan Pengantin Baru Sehingga RM 1,000 Mengikut Negeri. Untuk pemberitahuan kepada semua, untuk tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan,kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan pusat atau negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan dan bantuan pada zaman yang penuh mencabar ini.

Salah satu program yang ada disediakan adalah melalui “Bantuan Insentif Khas Pengantin Baru Sehingga RM 1,000 Mengikut Negeri”. Ini adalah merupakan sebuah program inisiatif berupa bantuan dari segi sokongan kewangan kepada mereka yang baharu berkahwin. Ini merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan terutama golongan muda.

Tujuan utama  bantuan ini diwujudkan adalah untuk menyokong usaha murni pasangan-pasangan yang bakal melalui alam perkahwinan. Sememangnya kehidupan selepas perkahwinan memerlukan sokongan dari segi kewangan, ini adalah kerana mereka masih baru dalam membina rumahtangga.

Melalui inisiatif bantuan ini, tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah atau B40 bagi mengatasi masalah melibatkan kewangan dalam memerlukan sokongan dari segi kewangan.

Bantuan Insentif Khas Pengantin Baru Sehingga RM 1,000 Mengikut Negeri

Kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dipercayai untuk melindungi dan menjaga hal ehwal kebajikan rakyat. Melalui usaha kerajaan dalam menyediakan pelbagai bantuan. Bantuan-bantuan dari kerajaan samaada kerajaan pusat dan negeri bergerak seiring sehaluan dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga serta dapat memenuhi tuntutan yang diperlukan oleh sekalian rakyat yang memerlukan.

Sumbangan bantuan insentif khas berupa bantuan kewangan kepada pengantin merupakan suatu yang munasabah dan memerlukan. Oleh itu, kerajaan disetiap negeri ada menyediaka bantuan kepada pasangan pengantin baru ini. Berikut merupakan senarai bantuan khas pengantin baru sehingga RM1,000 mengikut negeri-negeri:

Negeri Kelantan

Untuk sedia maklum,kerajaan Kelantan melalui skim bantuan Az-Ziwaaj adalah merupakan insentif bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin yang berkelayakan untuk menerima bantuan sumbangan perkahwinan sebanyak RM 1000 yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

Permohonan boleh dibuat secara online, sila rujuk di laman rasmi :

Insentif Pengantin Kelantan

Negeri Kuala Lumpur

Pihak Majlis Agama Wilayah Persekututan telah melaksanakan insentif yang membantu individu yang mahu berkahwin di negeri ini bagi mendirikan rumahtangga terutama kepada golongan kurang berkemampuan atau golongan B40.

Permohonan bagi pengantin di Wilayah persekutuan boleh memohon di portal rasmi MAIWP

 Insentif Pengantin MAIWP

Negeri Johor

Pihak Kerajaan Negeri Johor akan memberikan bantuan insentif sebanyak RM 1,000 kepada anak muda kelahiran negeri Johor yang kali pertama berkahwin dan mestilah berpendapatan RM 5,000 dan kebawah.

Permohonan bagi pengantin baru di negeri Johor. Sila muat turun borang yang telah disediakan .

Insentif Pengantin Johor

Negeri Pahang

Bagi rakyat atau anak muda negeri Pahang, pihak kerajaan negeri telah menyediakan insentif bantuan khas RM200 kepada pasangan pengantin tahun ini.

Permohonan boleh dibuat melalui Portal rasmi

Insentif Pengantin Pahang

Negeri Selangor

Kepada anak muda kelahiran negeri Selangor pula, Insentif bantuan Generasi Muda telah diperkenalkan. Bantuan ini bagi membolehkan individu yang lahir atau sudah tinggal di negeri Selangor 10 tahun dan keatas untuk mendapatkan insentif bantuan sebanyak RM 300 ini.

Permohonan boleh dibuat di laman rasmi

Insentif Pengantin Selangor

Berikut Merupakan Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati