Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

El-Nino 2024 : KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah Jika Memburuk

El-Nino 2024 : KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah Jika Memburuk
El-Nino 2024 : KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah Jika Memburuk 4

Negara seluruh dunia kini sedang menghadapai fenomena ‘El-Nino’. Kemungkinan KPM tangguh aktiviti luar bilik darjah jika keadaan semakin panas melampau. Perkara ini telah dimaklumkan KPM sebagai respon berkenaan tindakan menghadapi isu pemanasan global.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk menangguhkan sebarang aktiviti luar bilik darjah seandainya fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini bertambah buruk. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bahawa pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar kawalan berlaku terutama membabitkan kesihatan para pelajar.

KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah Dalam Perancangan

Berkenaan kpm tangguh aktiviti luar bilik darjah dalam perancangan adalah kerana dirasakan bahawa cuaca yang panas melampau boleh mengakibatkan isu kesihatan kepada para pelajar seperti strok haba nak lain-lain lagi kemungkinan yang boleh membahayakan kesihatan.

KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah
KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah

KPM dan KKM Bekerjasama Dalam Isu El-Nino

Untuk masa ini KPM akan terus berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau keadaan cuaca dan juga status kesihatan para pelajar ini.

KPM juga akan keluarkan garis panduan dari semasa ke semasa kepada pihak sekolah bergantung mengikut keperluan keadaan. Berdasarkan kepada keutamaan adalah untuk menjaga kebajikan dan kesihatan anak-anak menurut KPM ketika ditemui selepas mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tanjung Rambutan.

KPM Ingatkan Ibu Bapa Berkenaan “El-Nino”

Selain kenyataan KPM tangguh aktiviti luar bilik darjah, KPM juga ada mengingatkan kepada para ibu bapa. Pada 4 Februari lepas, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mohon supaya guru dan ibu bapa memantau keadaan anak mereka ketika waktu cuaca panas akibat El Nino.

YB Fadhlina juga turut menjelaskan, KPM mempunyai garis panduan berkaitan fenomena cuaca yang digunakan bagi memberikan peringatan dan nasihat mengikut keadaan semasa di peringkat sekolah. Para ibu bapa boleh merujuk garis panduan semasa cuaca panas dibahagian bawah.

Garis Panduan KPM Untuk Aktiviti Luar Bilik Darjah Semasa Cuaca Panas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada mengeluarkan surat makluman berkenaan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas semasa 5 Mei 2023 bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.

image 10
El-Nino 2024 : KPM Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah Jika Memburuk 5

Setelah meneliti situasi semasa tersebut, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.

Semua institusi pendidikan bawah kpm yang melaksanakan aktiviti luar bilik darjah hendaklah mematuhi perkara seperti berikut:

  • Memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga
  • Menerangkan kepada murid langkah pencegahan, simptom dan tindakan rawatan
  • Menggalakkan murid memakai pakaian yang bersesuaian dan bewarna cerah
  • Menyediakan kemudahan penyejukan seperti tempat berlindung (kanopi/payung) ais atau tuala
  • Memastikan murid minum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dengan menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi serta.
  • Menggalakkan murid membawa air minuman sendiri
  • Memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas
  • Membenarkan waktu rehat tambahan semasa aktiviti dan waktu pemulihan (cooling down) yang mencukupi
  • Membuat penyesuaian tempoh, waktu mula dan waktu tamat acara/aktiviti berdasarkan perubahan cuaca persekitaran
  • Merujuk kepada pihak klinik atau hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang kes dan komplikasi kepada murid akibat fenomena ini
  • Melaporkan kes-kes berkaitan keselamatan dan kesihatan murid kepada ibu bapa/penjaga dengan kadar segera
  • Menangguhkan semua aktiviti luar yang sedang berlangsung sekiranya berlaku peningkatan suhu melebihi 35°C

Sekali lagi di ingatkan kepada para ibu bapa kpm tangguh aktiviti luar bilik darjah sekiranya keadaan semakin panas cuacanya.selain itu para ibu bapa perlu mainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada anak berkenaan dengan cuaca panas strok haba dan lain-lain yang mempunyai risiko kesihatan.

Apa-apa pun kita perlu menunggu makluman kpm tangguh aktiviti luar bilik darjah supaya tak nak pada keadaan semasa dan keadaan terkini. Untuk mengetahui semasa anda boleh merujuk kepada laman facebook kpm terkini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati