Terkini : Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2023 . Maklumat terbaru rakyat Malaysia bakal menerima Bantuan Sara Hidup(BSH) bagi tahun 2023. Ini adalah merupakan usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang daripada golongan berpendapatan rendah yang terjejas bagi membantu meringankan beban para golongan B40.
Seperti yang kita tahu negara kita baru sahaja membentuk satu kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM yang ke 10. Beliau baru sahaja diangkat sebagai Perdana Menteri pada hari Khamis yang lalu di istana Negara. Beliau yang juga sebagai pemimpin pakatan Harapan telah memperkenalkan satu gagasan atau manifesto bagi membantu rakyat sekiranya dipilih untuk mengemudi pentadbiran negara.
Sertai Telegram info semasa rakyat Malaysia, anda boleh dapatkan info terkini dan update semasa di telegram “Sistem Guru Online” :
Terkini : Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Tahun 2023
Isi Kandungan
Mengenai Bantuan Sara Hidup(BSH) 2023
Untuk makluman semua, berdasarkan pengenalan gagasan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu di dalam manifesto ‘Tawaran Harapan PRU ke 15’ yang mana ada disenaraikan untuk meneruskan bantuan berbentuk tunai kepada rakyat Malaysia yang dari golongan memerlukan dan berpendapatan rendah.
Kini telah nyata, pihak kerajaan dari pakatan harapan telah dibentuk sebagai ‘Kerajaan perpaduan’ yang mana membabitkan parti gabungan Pakatan Harapan, GPS, GRS, Barisan Nasional dan lain-lain selepas mendapat perkenan tuanku. Untuk makluman rakyat Malaysia, bagi program insentif bantuan sara hidup ini dijangkakan akan mula dilaksanakan bermula pada awal tahun 2023 bagi menggantikan bantuan BKM sebelum ini yanh diperkenalkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri.
Bagi mengetahui lebih menyeluruh berkenaan kategori kelayakan, kadar bayaran dan jadual bantuan ini akan dinyatakan semasa sidang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di dalam parlimen tidak lama lagi.
Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup(BSH)
Asalnya bantuan pemberian tunai kepada rakyat bermula semasa era zaman pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dari kategori bujang ,keluarga serta warga emas.
Kemudian selepas peralihan kuasa pasca pru14 yang mana pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan Kerajaan telah mengenalkan batuan sama seperti BR1M. BR1M yang dijenamakan semula dengan nama “Bantuan Sara Hidup“. Menurut BSH sebelum ini terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:
Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Ketika itu semua pemohon wajib memohon mengikut kategori masing-masing sahaja.LHDN akan membuat semakan data yang diisi dengan jabatan-jabatan seperti JPN dan sebagainya supaya dapat pengesahan data para pemohon. Sekiranya didapati pemohon cuba menipu, permohonan BSH akan digagalkan serta-merta. Penerima BSH juga diambil dari data penerima BR1M.
Permohonan Bantuan Sara Hidup(BSH) Tahun 2023
Untuk pengetahuan, cara permohonan bantuan ini masih belum dinyatakan kepada rakyat. Berkemungkinan data penerima BKM akan diguna pakai dan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan. Segala makluman berkenaan Bantuan ini akan dikemaskini dari kami, Sistem Guru Online dari semasa ke semasa bagi rujukan umum.
Bantuan Tunai Kepada Rakyat…
Bekas Perdana Menteri yang ke-6 merupakan Perdana Menteri yang pertama perkenalkan bantuan berupa tunai kepada rakyat mengikut kategori golongan yang ada di Malaysia. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu daripada insentif kerajaan ketika itu untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.
Kemudian popular kerajaan Malaysia telah bertukar tangan kepada kerajaan di bawah pakatan Harapan yang mana ketika itu Perdana menterinya adalah Datuk Seri Tun Mahathir, yang menjenamakan semula bantuan BR1M kepada Bantuan Sara Hidup(BSH) bagi meneruskan pemberian bantuan tunai secara berperingkat kepada rakyat Malaysia.
Pada tahun 2020, kerajaan sekali lagi bertukar tangan dibawah kerajaan “Muafakat Nasional” ketika.BSH dijenamakan sebagai bantuan Prihatin Rakyat (BPR) semasa dibawah pimpinan mantan Perdana Menteri yang ke-8, Datuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setelah itu ditukar kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), pada tahun 2022 di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri yang ke-9 ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bantuan tahun 2022.
Kini sekali lagi kerajaan pakatan Harapan telah mengemudi kerajaan Malaysia, dalam dalam dalam manifestonya jelas untuk mengembalikan Bantuan Sara Hidup bagi membantu kelangsungan rakyat Malaysia.
Sertai Telegram info semasa rakyat Malaysia : https://t.me/sistemguruonline