Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Effective November 2021

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang dibuka permohonannya bermula 13 November sehingga tarikh tutup pada 27 November 2021. Warganegara yang berminat dan berkelayakan adalah digalakkan untuk mengisi mana-mana kekosongan jawatan yang tersedia. Terdapat sebanyak lima jawatan yang berbeza ditawarkan bagi pengambilan kali ini.

Senarai Jawatan yang Ditawarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  1. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 (Kontrak/Tetap) – 1 Kekosongan
  2. Ahli Muzik Gred B29 (Kontrak) – 11 Kekosongan
  3. Artis Budaya Gred B19 (Kontrak) – 29 Kekosongan
  4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Kontrak/Tetap) – 2 Kekosongan
  5. Pembantu Awam (Penyelenggara Rumah Rehat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) Gred H11 (Kontrak/Tetap) di Legoland, Johor. – 1 Kekosongan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Jawatan Gred 11

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Gred 19 dan ke atas

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan Kerja di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara DALAM TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
  2. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, PT3, PMR, sijil-sijil dan lesen memandu atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.
  3. Calon yang mempunyai Diploma dan Sijil hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web
    https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Catatan

  1. Borang Permohonan secara dalam talian (online) yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap
    tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan jawatan kosong DBKL ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Kerjaya DBKL

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati