Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris Effective November 2021

Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merujuk kepada permohonan jawatan yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 14 November 2021. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mempelawa calon dalam kalangan Warganegara Malaysia yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama merealisasikan wawasan universiti sebagai Universiti No. 1 Pendidikan di Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di UPSI.

Senarai Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris

BILKUMPULAN PERKHIDMATANJAWATANGREDTARAF
1.Pengurusan & ProfesionalSkim Perkhidmatan Khas Universiti (Arkitek Lanskap)41Kontrak
2.Kumpulan PelaksanaSkim Perkhidmatan Khas Universiti (Penolong Pegawai Penyelidik / Teknologi Maklumat)29Kontrak
3.Kumpulan PelaksanaSkim Perkhidmatan Khas Universiti (Pentadbiran)19Kontrak
4.SokonganSkim Perkhidmatan Khas Universiti (Pembantu Operasi / Penyelamat Kolam / Pengasuh)11Kontrak

Cara Permohonan Kerja Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris

  1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application Universiti Pendidikan Sultan Idris (myjobs.upsi.edu.my).
  2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  3. Permohonan secara dalam talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
  4. Setelah permohonan lengkap diisi,

4.1        sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

4.2        sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);

4.3        cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;

4.4        pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

  1. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
  2. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
  3. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
  4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  5. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  6. Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim, Perak

  1. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM
    05 – 450 6328 / 6338 / 6399

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Iklan Jawatan Kosong Bukan Akademik UPSI

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan jawatan kosong bukan akademik UPSI ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Bukan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat individu yang berminat dan berkelayakan serta mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan khidmat tugas yang dipertanggungjawabkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati