Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Dana Bantuan Kasih Niaga 2021

Dana Bantuan Kasih Niaga
Dana Bantuan Kasih Niaga

Dana Bantuan Kasih Niaga ini merupakan sebuah program khas untuk usahawan mikro negeri Melaka dengan menyediakan amaun pembiayaan dari RM 200.00 sehingga RM 1,000.00. Tempoh permohonan bagi dana bantuan ini dibuka sepanjang satu bulan, iaitu 22 Mac hingga 22 April 2021.

Dana ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan supaya lebih berdaya maju. Sehubungan itu, Dana Bantuan Kasih Niaga ini berperanan sebagai galakan berniaga dan menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan rakyat Negeri Melaka yang berjumlah satu juta ringgit (RM1,000,000.00.), justeru itu dana ini akan memberi manfaat kepada 1000 orang usahawan atau lebih dengan jumlah maksimum RM1,000.00.

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Dana Bantuan Kasih Niaga

Berikut merupakan senarai syarat yang telah ditetapkan bagi permohonan dana bantuan ini, iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Perniagaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di
    bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta
    197) / Sijil Amalam Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah
    tempoh.
  3. Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (bagi penjaja atau peniaga kecil)
  4. Perniagaan beroperasi dan beralamat di Negeri Melaka
  5. Perniagaan adalah Mikro (Jualan tahunan kurang RM50,000 ATAU bilangan
    pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang).
  6. Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa

Jenis Kelayakan Perniagaan

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon KECUALI;

  1. Perkhidmatan insurans / perkhidmatan pengangkutan / sewaan kenderaan /
    homestay
  2. Institusi kewangan / pinjaman wang
  3. Multi-level Marketing (MLM)
  4. Ejen jualan / wakil penjual / dropship
  5. Perniagaan nombor ramalan / minuman keras / rokok / rokok elektronik

Maklumat Asas Pembiayaan

  1. Penyaluran pembiayaan adalah secara geran berjumlah RM1,000.00 bagi
    setiap pemohon. Komponen pembiayaan yang boleh dipohon:
    o (i) Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
    o (ii) Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
    o (iii) Promosi dan Pemasaran
    o (iv) Pembelian Bahan Mentah
    o (v) Modal Kerja
  2. Bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan (i), (ii) dan (iii), pemohon perlu
    mengemukakan satu (1) sebut harga.
  3. Pembiayaan bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah meliputi sewaan
    premis serta bil utiliti perniagaan.

Cara Permohonan

Mana-mana individu yang berkelayakan untuk memohon dana bantuan ini, anda boleh lakukan permohonan dengan mengikuti cara-cara berikut:

  1. Muat turun borang permohonan yang disediakan di bawah ini.
  2. Isikan borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan sekali.
  4. Hantar borang permohonan ke pejabat daerah yang berhampiran.

Senarai Pejabat Daerah yang Menerima Permohonan

  • Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah: Aras Bawah & Aras 1 Bangunan Wisma Negeri Jalan Wisma Negeri, Kompleks MITC 75450 Melaka.
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, 77000 Jasin,
    Melaka.
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah 78000 Alor Gajah, Melaka.

Dapatkan “Borang Permohonan dan Senarai Dokumen Sokongan” di sini

Di sini admin nak kongsikan borang permohonan dan juga senarai dokumen sokongan yang diperlukan bagi bantuan ini. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Dana Bantuan Kasih Niaga, anda boleh ajukan menerusi Pejabat Daerah masing-masing:

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah: 06-333 3333
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: 06-529 8101
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: 06-559 1229

Diharapkan perkongsian Dana Bantuan Kasih Niaga ini dapat memberi manfaat kepada para usahawan dalam kalangan rakyat Negeri Melaka yang layak untuk memohon. Anda juga digalakkan untuk berkongsi permohonan ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Skim Pembiayaan Kontrak-I Tekun Nasional ataupun Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (AGRO-YES).

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati