Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jawatan Kosong MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ini merupakan jawatan terkini yang dibuka pada 25 Oktober 2021 sehingga tarikh tutup pada 12 November 2021. MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Maklumat Jawatan Kosong MARDI

  • Jawatan: Pegawai Tadbir Gred N41
  • Klasifikasi: Pengurusan Dan Profesional
  • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak (Contract of Service)
  • Gaji Minimum: RM2,080.00
  • Gaji Maksimum: RM9,546.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan kepada Calon

Mempunyai kelayakan syarat lantikan seperti di atas dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang berikut:

  1. Pengurusan dan Pentadbiran;
  2. Kewangan/Perakaunan;
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
  4. Pengajian Islam;
  5. Psikologi/Kaunseling;
  6. Perundangan;
  7. Komunikasi;
  8. Seni Reka; atau
  9. Pengurusan Perpustakaan/Penerbitan

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Iklan Jawatan Kosong MARDI

Cara Permohonan Jawatan Kosong MARDI

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan
    Jawatan MARDI (e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/
    (Tidak perlu mengemukakan resume atau permohonan secara manual)
    a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan)
    b. Memohon jawatan yang berkaitan
  2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang
    diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar
    swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan
    diproses.
  3. Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi
    dan alamat emel) yang terkini.
  4. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak
    akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan
    dipanggil untuk ditemuduga.
  5. Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk
    temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6)
    bulan dari tarikh tutup iklan maka permohonan jawatan ini adalah tidak berjaya.
  6. Hanya calon yang telah lengkap divaksinasi sahaja yang akan dipertimbangkan untuk
    dilantik ke jawatan ini.

Maklumat Lanjut Jawatan Kosong MARDI

Sebarang maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong MARDI boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat individu yang berminat untuk menyertai organisasi MARDI dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan khidmat tugas yang dipertanggungjawabkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati