Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 Effective April 2021

Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 ini merupakan pengambilan terbaharu yang diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. SPA membuka sebanyak 35 kekosongan dan 200 simpanan bagi jawatan Pembantu Masyarakat Gred S19 ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 8 April 2021 (Khamis), jam 11:59 malam.

Untuk makluman semua, jawatan Pembantu Masyarakat Gred S19 ini akan ditempatkan di bawah beberapa jabatan / kementerian seperti berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat,
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan
  • Pelbagai Kementerian / Jabatan

Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian bagi calon yang dicari dalam penyertaan perkhidmatan awam yang ditawarkan ini, antaranya ialah:

ff320f03 1974 4eca a191 27bc8c915c25 10
  1. Baik dalam berketerampilan
  2. Tinggi semangat dalam kerja berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan.

Deskripsi Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Individu yang memegang jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah bertanggungjawab untuk menggalas tugas-tugas berikut:

  1. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah.
  2. Membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

Jadual Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Gaji Minimum

 RM 1,352.00

Gaji Maksimum

 RM 4,003.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

 RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

Bidang SKM

  • Penyelia Desa
  • Amalan Kebajikan Sosial
  • Khidmat Komuniti
  • Operasi Pusat Jagaan (Orang Kurang Upaya)

Dapatkan “Iklan Hebahan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan hebahan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 JKM Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga berminat dengan perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 , 147 Kekosongan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 2,462 Kekosongan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 , 577 Kekosongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 , 38 Kekosongan Pegawai Pemulihan Perubatan KKM , ataupun Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI).

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 ini dapat memberikan informasi lengkap kepada para pelajar lepasn SPM / SKM atau individu yang berkelayakan untuk membuat permohonan jawatan kosong terutamanya dalam sektor kerajaan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, atau sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati