Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021 Official

Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021

Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021. Pada 29 November, menerusi pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan pemberian diskaun bagi pembayaran balik pinjaman PTPTN di bawah Inisiatif Ketiga: Pendidikan Berkualiti Untuk Semua.

Seperti semua maklum, PTPTN ditubuhkan bagi mengurus pinjaman pendidikan yang disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi tempatan. Sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan. Oleh itu, bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15 peratus mengikut jenis-jenis pembayaran yang telah ditetapkan seperti di bawah ini.

Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021

Kategori Diskaun bagi Setiap Jenis Pembayaran

  • Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Tempoh Pemberian Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PPTN

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh Mula: 1 November 2021 sehingga,
  • Tarikh Akhir: 30 April 2022.
Diskaun PTPTN

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat para graduan yang terlibat dengan pinjaman pelajaran daripada PTPTN. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, rakan taulan, dan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati