PELUANG KERJAYA : JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2022 l GAJI BERMULA RM6,072 l MOHON SEBELU, 14 MEI 2022

Peluang Kerjaya : Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022 l Gaji Bermula Dari RM6,072.  Jabatan Perdana Menteri telah membuka  jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong. Pelbagai jawatan-jawatan kosong telah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Peluang kerjaya di Jabatan Perdana Menteri merupakan satu peluang keemasan yang harus direbut oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana Jabatan Perdana Menteri merupakan jabatan yang bertanggungjawab di Malaysia dalam menguruskan hal ehwal perana menteri Malaysia .Jabatan Perdana Menteri ialah yang bertanggungjawab dalam memastikan proses berkaitan urusan Perdana Menteri Malaysia.

Di bawah Jabatan Perdana Menteri akan menjalankan setiap urusan berkait dengan perdana menteri Malaysia yang akan dijalankan dengan telus dan mengikut standard semasa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Inilah masanya peluang kepada anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah sektor kerajaan di Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda!.

Peluang Kerjaya : Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022 l Gaji Bermula Dari RM6,072

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Jawatan yang ditawarkan di Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jawatan Terbuka Gred 54.

Maklumat Jawatan :

  • Jawatan : Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jawatan Terbuka Gred 54.
  • Kumpulan : pengurusan dan profesional
  • Sektor: Kerajaan
  • Taraf : Kontrak 2 tahun dan boleh dilanjutkan
  • Gaji : : RM6,072 – Maksimum: RM13,138 [Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM320]

Jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kapasiti dan keperluan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) . Segala kekosongan adalah berdasarkan statistik dan data pihak kerajaan,.

Syarat dan Kriteria Permohonan:

  •  Calon Penjawat Awam:

1. Sedang berkhidmat di Gred 54 atau telah berkhidmat di Gred 52 secara hakiki selama 3 tahun.
2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dengan keutamaan dalam bidang Komunikasi Massa/ Sains
Kemasyarakatan.
3. Mempunyai purata markah prestasi bagi 3 tahun terkini (2019, 2020 & 2021) melebihi 90%.
4. Memiliki kualiti kepimpinan, berfikiran strategik, kreatif serta mampu menerapkan amalan komunikasi
moden yang berkesan.
5. Bebas daripada sebarang pertuduhan kes tatatertib.
6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
7. Pegawai akan dilantik secara peminjaman/pertukaran sementara mengikut Ceraian UP.1.2.1: Dasar Dan
Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap dalam Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM).

  •  Calon Individu Warganegara Malaysia:

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dengan keutamaan dalam bidang Komunikasi Massa/ Sains Kemasyarakatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya pada tahun 2007 dan sebelum.
  2. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman bekerja di peringkat pengurusan dalam bidang komunikasi korporat dalam organisasi ternama atau syarikat besar tempatan.
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Belum mencapai umur 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  6. Pegawai akan dilantik secara kontrak perkhidmatan (Contract of Service) mengikut Ceraian UP.1.1.1: Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak, MyPPSM.

Kemudahan/ Insentif:

A. Penjawat Awam:

1. Elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred 54
2. Insentif peminjaman

B. Calon Individu Warganegara Malaysia:

1. Elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred 54
2. Kemudahan dan faedah pegawai kontrak (contract of service) mengikut Ceraian UP.1.1.8, MyPPSM

Tempoh Lantikan:

2 tahun dan boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi

Permohonan Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2022

Calon yang berminat untuk memohon jawatan Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jawatan Terbuka Gred 54 di Jabatan Perdana Menteri tahun 2022 boleh membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh 14 Mei 2022.

Cara permohonan jawatan Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jawatan Terbuka Gred 54 di Jabatan Perdana Menteri tahun 2022 :

  1. Permohon hendaklah menghantar resume yang lengkap dan disertakan dengan gambar berukuran passport yang terkini .
  2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Lampiran A (untuk penjawat awam) atau Borang Lampiran B (warganegara Malaysia) berserta resume dan dihantarkan ke e-mel: pengambilan@epu.gov.my.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mei 2022. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan dan borang, Sila rujuk iklan jawatan dibawah:

IKLAN DAN BORANG JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2022

Untuk maklumat lanjut sila layari portal www.epu.gov.my

“Semoga Dipermudahkan Urusan Dan Peroleh Kejayaan”

Kepada calon yang berminat diminta untuk persiapkan diri untuk menghadiri temuduga jika dipanggil. Permohonan jawatan di Jabatan Perdana Menteri merupakan peluang keemasan kepada anda untuk memulakan kerjaya di bawah  sektor kerajaan Malaysia. Semoga dipermudahkan urusan