Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia. Sejak wabak COVID-19 menjengah ke tanah kita, lebih 4,700 anak-anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini. Sebagai Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan masa depan anak-anak ini terus terjaga.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan bajet 2022 bahawa pada tahun hadapan kerajaan menyediakan 25 juta ringgit kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak ini. Sebagai tambahan, kerajaan juga menyeru semua pihak khususnya sektor korporat untuk turut sama menyumbang demi kebajikan anak-anak ini.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkesempatan melawat anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa akibat COVID-19 pada 16 Oktober lalu. Seluruh negara turut melahirkan rasa simpati atas nasib adik-beradik ini. Buat adik Muhammad Hadhrami; Husna Humaira; Muhammad Harraz; Muhammad Hawwas dan Hannan Humaira serta anak-anak yatim piatu Keluarga Malaysia yang lain, kami sayang semua, kami sentiasa ada untuk menjaga kamu semua.
Kerajaan menggesa semua pihak tidak kira NGO, komuniti setempat, pemimpin tempatan malah syarikat korporat untuk memainkan peranan bagi memastikan kebajikan anak-anak ini terus terpelihara supaya semua dapat hidup bersama sebagai satu keluarga tanpa terpisah dan dapat membina masa hadapan yang cerah.
Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum
- Jawatan Kosong Jurubahasa Gred LA19
- Pembayaran Bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 dan Semakan Status
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
Semoga perkongsian Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, rakan taulan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.