Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jawatan Kosong PERKESO Pegawai Eksekutif Gred 19 Effective 2021

Jawatan Kosong PERKESO Pegawai Eksekutif Gred 19 

Jawatan Kosong PERKESO Pegawai Eksekutif Gred 19 ini merujuk kepada permohonan terkini yang sedang ditawarkan sehingga tarikh tutup pada 21 November 2021. Taraf bagi jawatan Pegawai Eksekutif Gred 19 (Customer Service Representative) yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini merupakan jawatan bertaraf kontrak. Terdapat sebanyak 28 kekosongan yang sedang ditawarkan bagi pengambilan kali ini. Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Syarat Kelayakan

  1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  2. Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Dan
  3. Memiliki kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Keutamaan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan (Customer Service) atau Pusat Khidmat Pelanggan (Call Centre);
  5. Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta keutamaan kepada calon yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai Bahasa seperti Mandarin, Tamil dan sebagainya;
  6. Memiliki keterampilan, bermotivasi tinggi bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, prihatin dan boleh bekerja dalam satu pasukan;
  7. Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Menara PERKESO Putrajaya.

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan semua panggilan telefon dan maklum balas multimedia dengan cekap dan berkualiti berkaitan dengan semua produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh PERKESO; dan
  • Membantu menyelesaikan aduan atau pertanyaan yang melibatkan semua isu yang dihadapi oleh pelanggan semasa berurusan dengan Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO.

Lingkungan Gaji

  • Minimum: RM2,200.00
  • Maksimum: RM10,300.00

Waktu Bekerja

  • 8.00 jam

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan cara permohonan jawatan PERKESO ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

PEGAWAI EKSEKUTIF PERKESO
PEGAWAI EKSEKUTIF PERKESO2 e1636764963879

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong PERKESO Pegawai Eksekutif Gred 19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati