Jawatan Kosong Kerani Gred N19 UITM ini merujuk kepada tawaran jawatan terkini yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 12 November 2021. UITM dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung
Amanah) di Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti
Teknologi MARA.
Maklumat Jawatan Kosong Kerani
Isi Kandungan
- Jawatan: Kerani
- Gred: N19
- Status Jawatan: Kontrak (Tabung Amanah iCEPS)
- Skim Perkhidmatan: PELAKSANA (Pembantu Tadbir/ Operasi)
- Gaji Minimum: RM1,352.00
- Gaji Maksimum: RM4,003.00
Syarat Pelantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,464.80) DAN - Kepujian dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu sekurang-kurangnya
Gred C, dan lulus empat (4) mata pelajaran lain termasuk lulus Ujian Lisan
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong & Borang Permohonan” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download:
Cara Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan
Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh
dimuat turun seperti yang disediakan di atas. - Sila hantar borang permohonan yang telah lengkap ke:
PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM – MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan tawaran jawatan kosong kerani UITM ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- 14 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu
- Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021
- Jawatan Kosong Kerani Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
- Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
- Temu Duga Terbuka Pengawal Keselamatan KP11 Konstabel Polis Bantuan UITM
- RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart
- Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021
- Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum
- Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Kerani Gred N19 UITM ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat individu yang berminat untuk menyertai organisasi UITM dan mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan khidmat tugas yang dipertanggungjawabkan. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.