Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program EStart : RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart Ramai Belia “Happy”

RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart

RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart. Pada 29 November, menerusi pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan pemberian RM150 bagi setiap seorang belia ini di bawah Inisiatif Kelima: Pembangunan Belia dan Sukan. program estart

Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, kerajaan telah memperkenalkan program e-Start, iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Program e-Start ini akan mengkreditkan sejumlah 150 Ringgit Malaysia secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Tambah beliau lagi dengan peruntukan 300 juta ringgit ini, kerajaan berharap agar lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.

RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart

RM150 Program eStart
program estart

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan RM150 Program eStart ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat para belia yang berkelayakan dan tergolong dalam kriteria penerima bagi program ini. Usaha kerajaan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 ini perlu dipuji dan dimanfaatkan sebaiknya bagi membudayakan traksaksi tanpa tunai. Para belia disyorkan agar menggunakan pemberian kredit ke dalam e-dompet ini dengan membeli keperluan pelajaran seperti alat tulis, buku-buku pelajaran, kelengkapan khusus kursus universiti, dan seumpamanya. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, rakan taulan, dan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati