Pengambilan Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 ini merujuk kepada Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 yang telah dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021 yang lalu. Individu yang berjaya dalam keputusan temu duga ini akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Senarai Opsyen bagi Keputusan Temu Duga Fasa 1
Isi Kandungan
Keputusan temu duga bagi fasa 1 ini adalah bagi opsyen–opsyen seperti berikut:
- Bahasa Cina
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Semai
- Pendidikan Muzik
- Tahfiz
- Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
- Matematik (SJKC)
- Pendidikan Muzik (SJKC)
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)
- Pendidikan Khas (SJKC)
- Pendidikan Moral (SJKC)
- Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC)
- Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
- Sejarah (SJKC)
Cara Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 : Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
- Anda perlu lakukan semakan menerusi pautan DI SINI.
- Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan kotak yang tertera.
- Klik ‘Hantar’ untuk mengetahui keputusan temu duga anda.
- Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.
Tindakan Selanjutnya yang Perlu Dilakukan oleh Calon
- Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
- Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
- Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
- Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan keputusan temu duga pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara One Off bagi tahun 2021 ini boleh dirujuk menerusi perkongsian Facebook SPP DI SINI.
Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:
- RM150 Seorang buat Setiap Belia Menerusi Program eStart
- Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021
- Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum
- Bajet 2022: RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia
- Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate KFC Bagi Individu Lengkap Vaksin
- Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021
Semoga perkongsian Semakan Keputusan Temu Duga Fasa 1 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off Tahun 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat para pemohon yang telah berusaha sehabis baik sewaktu temu duga dilaksanakan. Jutaan tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, rakan taulan, dan sesiapa sahaja yang berkenaan.