Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bajet 2022 Official : Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum

image 345
Bajet 2022 Official : Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum 5

Bajet 2022 , Fokus pertama Bajet ini ialah Rakyat Yang Sejahtera. Bagi mendakap erat makna sejahtera, iltizam Keluarga Malaysia atas ilham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memasang impian, agar setiap daripada kita tersemai nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Strategi pertama di bawah fokus ini ialah Memulih Kehidupan dan Mata Pencarian. Tumpuan Kerajaan di bawah strategi ini adalah untuk meneruskan pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang-peluang pekerjaan. Sehubungan itu, pada tahun hadapan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.

Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum

BKM RM2,000
bajet 2022

Selanjutnya, maklum balas lain yang diterima turut menyentuh soal cabaran yang perlu ditanggung oleh ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap. Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga 5,000 ringgit. Selain itu, bantuan tambahan sebanyak 300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak 2,500 ringgit. 

CONTOH: (bapa tunggal: pendapatan <RM2,500 + tanggungan >3 anak = RM2,000 + RM500)

Jadual Ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia

Jadual BKM

Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR.

BKM

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia ini boleh dirujuk menerusi pautan DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2,500 Maksimum ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan ini kepada ahli keluarga, rakan taulan, dan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati