Pihak PDRM baharu sahaja mengumumkan makluman terbaru mengenai pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 melalui laman Facebook rasmi mereka pada petang tadi. Khusus kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk berkhidmat sebagai Polis kini boleh mengambil maklum segera.
Bagi pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 tahun 2024 adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui permohonan secara walk-in di beberapa lokasi pemeriksaan Polis di seluruh negeri. Oleh itu, para pemohon perlu mengetahui beberapa maklumat lengkap berkenaan permohonan Polis kali ini.
Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Seluruh Malaysia
Isi Kandungan
- 1 Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Seluruh Malaysia
- 1.1 Eksesais Pengambilan Terbuka (Walk-in) Jawatan Konstabel Polis Gred Yt1 (Lelaki/ Wanita) tahun 2024
- 1.2 Bila Permohonan Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Dibuka?
- 1.3 Syarat Kelayakan Permohonan
- 1.4 Syarat Kelayakan Fizikal Permohonan
- 1.5 Senarai Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan
- 1.6 Dokumen yang Diperlukan untuk Pengambilan Konstabel Polis YT1 Tahun 2024
Eksesais Pengambilan Terbuka (Walk-in) Jawatan Konstabel Polis Gred Yt1 (Lelaki/ Wanita) tahun 2024
Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan bagi calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
- Tarikh:
- 29 April 2024
- 30 April 2024
- 2 Mei 2024
- Masa:
- 7.15 pagi – 8.30pagi
- 7.15 pagi – 8.30pagi
- Tempat:
- Mengikut jadual dilampirkan
Bila Permohonan Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 Tahun 2024 Dibuka?
Untuk makluman kepada para pemohon, pengambilan kali ini akan dibuka permohonan melalui secara walk-in pada tarikh 29, 30 April dan 2 Mei 2024 di beberapa lokasi yang ditetapkan. Permohonan ini adalah dibuka secara walk-in sahaja.
Syarat Kelayakan Permohonan
Bagi pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 tahun 2024 adalah syarat-syaratnya seperti dibawah:
- Warganegara malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh pengambilan terbuka.
- Kelayakan akademik:
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)
- Kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu sekurang-kurangnya mendapat gred c dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran lain termasuk matematik dengan gred d (minimum).
- Contoh : Bahasa Melayu – C, Matematik – D, Bahasa Inggeris – D, Sains – D, Pendidikan Moral/ Pendidikan Islam – D
- Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
- Kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu (ujian bertulis dan lisan) sekurang-kurangnya mendapat gred c dan lulus sekurang-kurangnya empat (4) matapelajaran lain termasuk matematik dengan gred e (minimum).
- Contoh : BM (Bertulis) – C, BM (Lisan) – C, Matematik – E, Bahasa Inggeris – E, Sains – E, Pendidikan Moral/ Pendidikan Islam – E.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Syarat Kelayakan Fizikal Permohonan
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan fizikal bagi permohonan pengambilan Konstabel Polis YT1 tahun 2024 seperti dibawah:
- Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan 48 kg (wanita);
- Indeks jisim badan (bmi) julat di antara 19.0 hingga 26.0; dan
- Ukuran dada sekurang-kurangnya 81 sm (biasa) dan 86 sm (semasa menarik nafas) (lelaki sahaja).
Senarai Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan
Bagi lokasi pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan akan dilakukan beberapa lokasi mengikut negeri. Lokasi adalah ditetapkan berbeza untuk lelaki dan wanita.
Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Bagi Lelaki
Lokasi Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Bagi Perempuan
Dokumen yang Diperlukan untuk Pengambilan Konstabel Polis YT1 Tahun 2024
Bagi pengambilan konstabel Polis YT1 tahun 2024, реmohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
- Kad pengengalan asal dan tiga (3) salinan;
- Sijil kelahiran asal dan tiga (3) salinan;
- Sijil pmr atau pt3 asal dan satu (1) salinan;
- Sijil berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan,
- Sijil penghargaan semasa peringkat sekolah menengah asal dan satu (1) salinan (sekiranya ada);
- Dokumen ibu dan baρα:
- Dua (2) salinan kad pengenalan ibu dan bapa
- Dua (2) salinan sijil kelahiran ibu dan bapa cabutan kad pengenalan (hanya carian cabutan daripada jabatan pendaftaran negara (jpn) atau surat yang dikeluarkan oleh jpn sahaja diterima; atau
- Dua (2) salinan sijil kematian ibu dan bapa (jika telah meninggal dunia)
- Pemohon yang telah berkahwin :
- Dua (2) salinan kad pengenalan suami / isteri;
- Dua (2) salinan sijil kelahiran suami / isteri;
- Dua (2) salinan sijil nikah atau surat cerai;
- Dua (2) salinan sijil kelahiran (anak pertama); atau
- Dua (2) salinan sijil kematian (jika anak pertama meninggal dunia)
- Pemohon kakitangan kerajaan atau badan berkanun:
- Surat sokongan dari ketua jabatan; dan
- Satu (1) salinan kenyataan perkhidmatan terkini yang telah disahkan.
- Pen dakwat hitam (ball-point); dan gam
- Wajib mencetak dokumen-dokumen berikut melalui telegram unit pengambilan pdrm
- borang ganti rugi dan
- borang maklumat peribadi calon dan satu (1) salinan; dan
- borang tapisan empat (4) keping tanpa gambar
- Pemohon yang hadir diwajibkan berpakaian sukan seperti yang ditetapkan:
- Seluar track bottom (gelap);
- baju t-shirt berkolar (putih);
- kasut sukan;
- membawa seluar pendek;
- baju singlet (wanita); dan
- calon dikehendaki berambut pendek (no.2) dan kemas. (lelaki)
Kenyataan khas :
- Calon yang telah menerima surat panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4km bertarikh 6 mei 2024 hingga 21 mei 2024 bagi jawatan konstabel polis gred ya1, tidak perlu hadir ke pengambilan jawatan konstabel polis gred yt1 (lelaki/wanita) secara terbuka.
- Calon yang gagal bagi jawatan konstabel polis gred ya1 dan konstabel polis gred yt1 tahun 2024 digalakkan untuk hadir ke pengambilan konstabel polis gred yt1 secara terbuka pada tarikh dan pusat pemeriksaan fizikal yang telah disenaraiκαν.
Kalau tak dpt panggilan temudua tu blh dtg walk in 6hb ke kalau dkt sabah??mohon pencerahan
Saya mohon krj kerajaan
Ingin interview polis
Sekarang saya sedang bekerja di hotel ,untuk walk in interview kena Potong rambut no. 2?
Print dulu apa yg perlu di bawa tu..baca biar faham dari awal hingga akhir
Kalau PT3 matematik F masih boleh mohon ke
saya ada PT3 sahaja dan PMR takde mcm mna ye saya layak tak memohon?..Dan nk memohon kt mana ye secara online ataupun walk in terus…mohon balas ye komen saya
PT3 tu sama je dgn PMR , cuma dulu2 kita pggil PMR bukan PT3,
yang ni walk in , bole dtg terus , make sure tgok lokasi utk kamu pnya negeri kt mana,
bawa semua dokumen dia mnta , klau kurg tkut kene reject,
online dia tk open lg, tp klau nk mohon online bole je sng dia tapis terus,
tp yg walkin ni jgn tk pegi plk ye, mne tahu dpt yg walkin ni
Sy dh bersara, bersara servis 15thun dlam ATM umor 35….sijil PMR…boleh ke sy mohon…TQ DI ATAS PENCERAHAN…
Saya tidak mengambil PMR tetapi meneruskan pengajian di Kolej Vokasional dan telah menamatkan pengajian dengan mendapat Sijil Teknologi Pembinaan (CGPA : 3.59) dan Diploma Teknologi Pembinaan (CGPA : 3.20).
Layak ke saya memohon jawatan tersebut. Terima Kasih
Macmna nak mohon
semoga ada rezeki saya menjadi anggota
isi macam mana
Macam mana nak isi nie
zaman sy dahulu masa pt3 tiada disebabkan covid , so boleh ke sy guna (tp ) maksudnya tahap penguasaan contoh tp5 tp 3 , adakh boleh ? terimakasih atas jawapn tuan puan
Jika tiada pt3 disebabkan covid, apakah keputusan peperiksaan yang patut bawa? Tolong balas
Borang ambil mcm mna??
Isi mcm mne
yang ni walkin, bole tgok lokasi interviu untuk negeri masing2 ye
Untuk menjadi seorang anggota polis