
115 Kekosongan Pembantu Awam Gred H11 ini adalah kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Jumlah 115 ini merangkumi 15 kekosongan dan juga 100 simpanan bagi jawatan Pembantu Awam Gred H11. Pengambilan bagi jawatan ini pada kali ini akan ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan pelbagai kementerian/jabatan (Sarawak).
Selain itu, hanya calon lelaki sahaja yang dibuka untuk pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 2 Mei 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Ciri-ciri keperibadian yang sedang dicari oleh SPA bagi calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

- Berketerampilan baik
- Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
- Berbakat kepimpinan
- Memiliki ciri-ciri jati diri cemerlang, dan
- Berkelayakan profesionalisme sesuai dengan jawatan
Deskripsi Tugas Pembantu Awam Gred H11
Isi Kandungan
Individu yang dilantik ke jawatan ini adalah bertanggungjawab untuk menggalas tugas-tugas berikut:
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
- Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
- Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Jadual Gaji Pembantu Awam Gred H11
Gaji Minimum | RM 1,218.00 |
Gaji Maksimum | RM 2,939.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 80.00 |
Syarat Lantikan Pembantu Awam Gred H11
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan
Syarat Kelayakan Akademik
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan empat (4) Lulus termasuk subjek Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) /Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00) - Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
(Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15)
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : IKLAN SPA9 Pembantu Awam Gred H11
Cara Permohonan
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:
Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain:
- Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
- Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
- Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
- Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
- Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
- Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
- 695 Kekosongan Jawatan SPANS
- Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
Semoga perkongsian 115 Kekosongan Pembantu Awam Gred H11 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya individu lepasan PT3 ataupun PMR yang berkelayakan untuk memohon. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon.