Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Persekolahan Terengganu Yayasan Pendidikan Maidam dan Syarat Kelayakan Penerima

bantuan persekolahan terengganu
Permohonan Bantuan Persekolahan Terengganu Yayasan Pendidikan Maidam dan Syarat Kelayakan Penerima 5

Kerajaan Terengganu masih meneruskan inisiatif bantuan persekolahan Terengganu yang memberi peluang untuk mereka yang tidak berkemampuan serta membantu mengurangkan beban semasa sesi persekolahan bermula.

Sebagai kerajaan negeri yang berkebajikan, kerajaan memaklumkan bantuan persekolahan Terengganu adalah boleh dibuat permohonan secara online. Anda boleh membuat permohonan melalui panduan yang kami sediakan dibawah.

Berkenaan Bantuan Persekolahan Terengganu

Apa Itu Bantuan Persekolahan Terengganu?

bantuan persekolahan terengganu 2
Permohonan Bantuan Persekolahan Terengganu Yayasan Pendidikan Maidam dan Syarat Kelayakan Penerima 6

Bantuan persekolahan Terengganu adalah merupakan bantuan kewangan kepada keluarga B40 yang memerlukan bantuan dalam membuat persiapan anak sesi persekolahan. Bantuan ini dibawah kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Dijangkakan melalui penyaluran bantuan persekolahan Terengganu ini akan membantu ramai yang memerlukan khususnya mereka daripada golongan B40.

Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan Terengganu

bantuan persekolahan terengganu 2
Permohonan Bantuan Persekolahan Terengganu Yayasan Pendidikan Maidam dan Syarat Kelayakan Penerima 7

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk mohon bantuan persekolahan Terengganu:

  1. Pelajar dan ibu bapa atau penjaga adalah:
    • Rakyat negeri terengganu yang menetap di negeri terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
    • Pemastautin tetap di negeri terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  2. Beragama islam dan berakal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan.
  4. Pelajar di bangku sekolah sama ada diperingkat rendah atau menengah yang berumur tidak kurang dari tujuh (7) tahun ke atas.

Prosedur Permohonan Bantuan Persekolahan Terengganu

Bagi memudahkan urusan anda dalam membuat permohonana, kami sediakan cara dan tip mohon bantuan Sekolah negeri Terengganu. Anda boleh membuat semakan bagi kaedah permohonan dan semakan dokumen yang diperlukan.

Cara Mohon Bantuan Persekolahan Terengganu

Berikut adalah merupakan beberapa langkah yang anda boleh ikuti dalam membuat permohonan bantuan sekolah Terengganu:

  • Untuk permohonan pertama kali boleh membuat rujukan manual cara mohon bagi daftar pengguna.
  • Bagi mereka yang sudah mendaftar sebelum ini, anda boleh membuat kemaskini terkini.
  • Kemudian, untuk log masuk anda boleh pergi ke laman Bantuan Persekolahan Yayasan Pendidikan MAIDAM.
  • Melalui log masuk tersebut, anda boleh klik ‘PERMOHONAN’ dan ‘KEMASKINI PERMOHONAN’.
  • Dalam proses permohonan, anda perlu melengkapkan beberapa maklumat butiran diri dan memuat naik beberapa dokumen yang diperlukan.

Pemohon atau KIR yang tidak dapat masuk sistem ini kerana terlupa katalaluan diminta hubungi no talian 09- 6223500 pada waktu bekerja untuk reset katalaluan.

Senarai Dokumen yang Diperlukan

Semasa membuat permohonan, terdapat beberapa dokumen yang anda perlu sediakan. Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang diperlukan dalam permohonan bantuan sekolah Terengganu:

  1. Salinan mykad pemohon / penjaga.
  2. Salinan mykad ibu.
  3. Salinan slip gaji/akuan pendapatan/penyata pencen terkini (ibu) (jika guna akuan pendapatan wajib cop pengesahan jpkk)
  4. Salinan slip gaji/akuan pendapatan / penyata pencen terkini (bapa/penjaga) (jika guna akuan pendapatan wajib cop pengesahan jpkk)
  5. Slip pengesahan permohonan bantuan:
    • Wajib cop pengesahan yang dinyatakan sahaja
    • Pastikan nombor rujukan yang betul dan sama dengan borang permohonan
    • Letakkan nombor telefon pemohon yang aktif diruangan kosong slip permohonan

PERINGATAN : Salinan ic atau salinan surat beranak anak tidak perlu cop pengesahan. Setiap dokumen yang diupload mestilah tidak lebih berat 1 MB sahaja. Pastikan juga nombor telefon yang dimasukkan adalah talian aktif. Semua dokumen adalah secara online dan tidak perlu hantar ke pejabat.

Berkenaan Salinan IC Anak atau Surat Beranak Anak

bantuan persekolahan terengganu

Beberapa perkara yang anda perlu cakna:

  • Masukkan semua sekali salinan ic tangunggan pemohon
  • Jika ibu,bapa atau penjaga tiada slip gaji boleh dapatkan surat akuan pendapatan di laman utama borang permohonan, klik pada template dokumen YPM.
  • Cop pengesahan hanya boleh disahkan oleh amil zakat/ mpkk/ pengerusi masjid / penghulu sahaja.
  • Sekiranya pencen kerajaan, sila layari laman web Penyata Bayaran untuk dapatkan penyata pencen yang terkini.
  • Jangan lupa klik pada pengakuan/pengesahan ya (untuk permohonan dihantar)
  • jika lupa kata laluan, sila hubungi ke pejabat ypm di talian 09-6223500

Soalan FAQs Berkenaan Bantuan Persekolahan Terengganu

Apakah itu bantuan sekolah terengganu?

Bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu untuk tahun 1 dan tingkatan 1.

Bagaimana mohon bantuan sekolah terengganu?

Permohonan adalah melalui permohonan online.

Apakah laman website mohon bantuan sekolah terengganu?

Laman web yayasan pendidikan MAIDAM.

Siapa yang layak mohon bantuan sekolah?

Golongan B40.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati