Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29 Effective April 2021

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29  ini merupakan tawaran kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Mei 2021 (Selasa).

Jawatan Penolong Pegawai Veterinar G29 ini akan ditempatkan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan Kosong

408603130 1544160336403625 160438722122789388 n 4
  • Jawatan: Penolong Pegawai Veterinar
  • Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Gred Jawatan: G29
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Penolong Pegawai Veterinar S29

Gaji Minimum RM 1,494.00
Gaji Maksimum RM 5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Veterinar S29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Kelayakan Akademik

  • Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
  • Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06); dan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan sahaja akan diproses.

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong kerajaan yang lain:

  1. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  2. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  3. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  4. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  5. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  6. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  7. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  8. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  9. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29 ini dapat memberi manfaat kepada individu yang berkelayakan dan meminati bidang kehaiwanan ini boleh membuat permohonan. Selamat Mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati