Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia Effective April 2021

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia ini merujuk kepada Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) di dalam Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia bagi tahun 2021. Had umur yang dikehendaki bagi pengambilan ini ialah tidak melebihi 27 tahun pada 30 April 2021.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SKLP-KTU).

Syarat-syarat Pelantikan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Warganegara

Malaysia

Jantina

Lelaki dan Wanita

Umur

Tidak melebihi 27 Tahun pada 30 April 2021

Fizikal

Syarat Fizikal Pelantikan Pegawai Kadet ATM

Taraf Kesihatan

  • Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM.
  • Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata atau kanta lekap.

Saringan COVID-19

Calon-calon hendaklah memastikan kesihatan diri dalam keadaan terbaik dan disahkan bebas daripada risiko COVID-19.

Kelayakan Akademik

  • Kelulusan Asas: Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, dan Matematik.
  • Kelulusan Pengajian Tinggi: Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperoleh keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 (67.5%) ke atas.

Bidang/Jurusan Diperlukan

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) pelbagai bidang/jurusan dari Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) daalam dan luar negara serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kelulusan dari UA dan IPTS dalam serta luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang www2.mqa.gov.my/esisraf atau www2.mqa.gov.my/mqr

Sistem PNGK Universiti Luar Negara

Selain mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi, calon-calon juga perlu mendapatkan pengesahan keputusan akademik di peringkat pengajian ijazah pertama mengikut sistem PNGK UA di Malaysia.

Temu Duga

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan Keperluan Perkhidamatan dari semasa ke semasa.

Kriteria Pemilihan

Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temu duga adalah muktamad.

Pentauliahan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Pelantikan

Calon-calon yang TERPILIH akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani Latihan Ketenteraan di pusat latihan setiap Perkhidmatan.

Pentauliahan

Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang lulus dalam Latihan Ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah diperkenankan oleh SPB Yang DiPertuan Agong.

Gaji, Elaun, dan Kemudahan

Gaji, elaun, dan kemudahan sebagai Pegawai Kadet adalah berdasarkan Skim Perkhidmatan ATM yang sedang berkuatkuasa.

Permohonan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

Permohonan Secara Dalam Talian

Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2021, iaitu http://jmt.mod.gov.my 

Status Permohonan

Calon-calon yang berjaya dan gagal akan dihubungi melaui emel.

Tarikh Tutup Permohonan

30 April 2021

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut bagi permohonan jawatan ini boleh hubungi:

  • Talian: 011-65504585

Anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong yang lain seperti berikut:

  1. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  2. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  3. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  4. 695 Kekosongan Jawatan SPANS

Semoga perkongsian Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia ini dapat memberi hebahan pengambilan terkini ATM khususnya kepada lepasan graduan yang berkelayakan untuk memohon. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati