Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan ini layak dimohon oleh semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan. Untuk makluman semua, tarikh tutup iklan pengambilan ini adalah pada 30 April 2021. Sesiapa sahaja yang tinggal berhampiran dengan kawasan Balai Bomba yang terlibat bagi pengambilan Pegawai Bomba Bantuan ini adalah digalakkan untuk memohon.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor kini sedang membuat hebahan pengambilan Pegawai Bomba Bantuan terkini untuk penempatan di beberapa balai bomba tertentu seluruh Johor. Antara balai bomba yang terlibat dalam pengambilan ini ialah seperti berikut:
- Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat
- Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng
- Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh
- Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Bharu
- Balai Bomba dan Penyelamat Kulai
Elaun Pegawai Bomba Bantuan
Isi Kandungan
- Elaun Kehadiran.
Syarat Lantikan Pegawai Bomba Bantuan
Individu yang berminat untuk menyertai pengambilan Pegawai Bomba Bantuan ini perlulah memenuhi syarat-syarat seperti di bawah ini:
- Lelaki
- Warganegara Malaysia
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh permohonan.
- Memiliki Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah.
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang ditetapkan.
Syarat-syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera
- Tinggi minima 1.57 Meter.
- Berat badan minima 48 Kilogram.
- Ukuran ‘BMI’ (Body Mass Index) adalah 18 – 30.
- Mempunyai penglihatan yang baik.
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
- Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 Kilometer daripada balai, atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.
Cara Permohonan
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti yang telah disenaraikan di atas.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran passport, notis kebenaran daripada majikan, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah DISAHKAN.
Notis Kebenaran daripada Majikan
Bagi Calon yang bekerja, sila dapatkan kelulusan daripada majikan anda dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Batuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati daripada Ketua Balai.
Dapatkan “Iklan Menyertai Pegawai Bomba Bantuan” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Iklan Menyertai Pegawai Bomba Bantuan
Peringatan Mesra
Sebagai peringatan mesra kepada anda semua yang berminat untuk menyertai Pegawai Bomba Bantuan ini, anda dikehendaki hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan, dan berstokin di Pusat-Pusat Pemilihan yang akan dimaklumkan melalui talian telefon / surat menyurat. Anda juga boleh lawati laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat terkini pengambilan jawatan ini dari semasa ke semasa.
Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain
Anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.
- Pelbagai Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Perlis
- Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK41
- Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
- Jawatan Kosong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
- Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11
- Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
- Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41
Semoga perkongsian Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan ini dapat memberi informasi terkini jawatan kosong khususnya buat seluruh individu yang berkelayakan dan berminat untuk meyertai Badan Beruniform ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang tinggal di kawasan berhampiran Balai Bomba tersebut untuk memohon jawatan yang sedang ditawarkan ini.