Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan SPANS Ada 695 Kekosongan Untuk di Isi Segera

Gaji Minimum Penjawat Awam

695 Kekosongan Jawatan SPANS ini merupakan jawatan-jawatan kosong kerajaan yang mana seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk memohon. Sebanyak 695 kekosongan jawatan terkini yang boleh dimohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) sehingga tarikh tutup 24 atau 25 April 2021 bergantung kepada jawatan.

Kelayakan minima bagi memohon jawatan kosong kerajaan di bawah SPANS ini bermula daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) ataupun Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan setaraf dengannya. Terdapat sebanyak 26 jawatan yang ditawarkan yang boleh dipohon oleh semua warganegara Malaysia.

Senarai Jawatan SPANS

Berikut merupakan senarai jawatan yang sedang dibuka permohonan melalui SPANS, antaranya ialah:

  1. Pegawai Laut Gred AL41
  2. Pegawai Veterinar Gred GV41
  3. Arkitek Gred J41
  4. Jurutera Gred J41
  5. Jurutera (Mekanikal) Gred J41
  6. Jurutera (Elektrikal) Gred J41
  7. Juruukur Bahan Gred J41
  8. Juruukur Tanah Gred J41
  9. Jurugeospatial Gred J41
  10. Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41
  11. Penolong Jurutera Awam (Awam) Gred JA29
  12. Penolong Jurutera Awam (Ukur) Gred JA29
  13. Penolong Jurutera Awam (Makmal) Gred JA29
  14. Penolong Pegawai Laut Gred A29 (Kejuruteraan)
  15. Penolong Juruukur Gred JA29
  16. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  17. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
  18. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
  19. Pembantu Laut Gred A19 (Kejuruteraan)
  20. Pembantu Laut Gred A19 (Pelayaran)
  21. Juruteknik Komputer Gred FT19
  22. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  23. Pembantu Hidupan Liar Gred G19
  24. Pembantu Operasi Gred N11
  25. Pembantu Awam Gred H11
  26. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Cara Permohonan Jawatan SPANS

  • Permohonan hendaklah dibuat secara DALAM TALIAN SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
  • Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  • Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan] dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Kelayakan Permohonan Jawatan SPANS

Sekiranya anda merupakan calon yang memiliki kelayakan dengan kelulusan Ijazah, Diploma, Sijil Persekolahan (PMR, SPM, STPM, “A” Level, Pra-Universiti) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di atas. (Sila rujuk syarat lantikan bagi setiap jawatan yang ditawarkan di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah)

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain

Selain Jawatan SPANS, anda juga mungkin berminat dengan kekosongan jawatan lain yang ditawarkan oleh SPA. Sebagai peringatan mesra, sila ambil maklum dengan tarikh tutup permohonan bagi setiap jawatan tersebut.

Semoga perkongsian 695 Kekosongan Jawatan SPANS ini dapat memberi informasi terkini jawatan kosong kepada seluruh individu yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai perkhidmatan awam ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang layak untuk memohon jawatan yang sedang ditawarkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati