Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19

Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19

Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19 ini merupakan kekosongan jawatan terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Ketetapan bagi tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 25 April 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 5 kekosongan dan 15 simpanan yang dibuka bagi jawatan ini.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 yang sedang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Oleh hal yang demikian, keutamaan bagi calon-calon pengambilan kali ini diberikan kepada anak Negeri Perlis. Berikut merupakan beberapa ciri keperibadian bagi calon yang dicari dalam penyertaan perkhidmatan awam yang ditawarkan ini, antaranya ialah:

  1. Baik dalam berketerampilan
  2. Tinggi semangat dalam kerja berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Deskripsi Tugas Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • tugas-tugas pentadbiran am,
  • pengurusan personel,
  • perkhidmatan kaunter dan pemprosesan,
  • pengumpulan data dan maklumat,
  • pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi.

Jadual Gaji
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Gaji Minimum RM 1,352.00
Gaji Maksimum RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00
jawatan kosong kerajaan
Jawatan Kosong SPA

Syarat Lantikan Jawatan Kosong SPA

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

Bidang SKM Tahap 2

  • Pengurusan Pejabat

Bidang SKM Tahap 3

  • Penyeliaan Pengurusan Pejabat
  • Setiausaha Korporat Eksekutif
  • Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong SPA” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Iklan Hebahan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi GredN19

Cara Permohonan

efefwe

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Lain:

  1. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  2. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  3. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  4. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  5. 695 Kekosongan Jawatan SPANS

Semoga perkongsian Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19 ini dapat memberi hebahan pengambilan terkini kepada mana-mana individu yang sedang mencari pekerjaan. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini kepada ahli keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati