Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita Effective April 2021

Permohonan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita

Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita ini merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tempoh permohonan ini dibuka sepanjang 16 April 2021 sehingga 30 April 2021. Sila rujuk cara permohonan pada bahagian bawah untuk membuat permohonan bagi jawatan ini.

Semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan adalah dialu-alukan untuk memohon jawatan kosong PDRM ini. Anda disarankan untuk mengambil tahu serba sedikit berkenaan deskripsi tugas bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 ini terlebih dahulu bagi memudahkan urusan tapisan pengambilan pada peringkat seterusnya kelak.

Deskripsi Tugas Jawatan Inspektor Polis Gred YA13

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Di antara tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:

  • mentadbir, merancang pencegahan jenayah,
  • menyiasat, menangkap dan mendakwa,
  • mengatur kawalan trafik,
  • mengumpul risikan,
  • menyediakan peralatan dan perhubungan,
  • rondaan mencegah jenayah,
  • mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram dalam kalangan rakyat dan negara.

Jadual Gaji Jawatan Inspektor Polis Gred YA13

 Gaji Minimum

 RM 2,502.00

 Gaji Maksimum

 RM 9,803.00

 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

 RM 230.00

Elaun dan Kemudahan

  • Elaun Tetap Perumahan: RM 450
  • Elaun Cola: RM100 – RM 350
  • Elaun Khidmat Awam: RM 300
  • Elaun Khas PDRM: RM 200
  • Elaun Seragam: RM 500
  • Elaun Istiadat (3 tahun sekali): RM 3050
  • Elaun Kasut: RM 300
  • Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.

Syarat Kelayakan Permohonan

Warganegara Malaysia yang menepati segala syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah ini adalah digalakkan untuk memohon kekosongan jawatan ini.

Kelayakan Umur

  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda),
  • Berumur tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana), dan
  • Berumur tidak lebih daripada 35 tahun (KelulusanPhD) pada tarikh permohonan.

Kelayakan Akademik

  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau
  • Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,938.39]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg.
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Cara Permohonan

Permohonan bagi pengambilan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 ini adalah secara online melalui puatan berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian:

  • HELPDESK 03-22668348/8350/8351 (WAKTU PEJABAT).

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita ini dapat memudahkan urusan permohonan jawatan anda semua. Semoga usaha anda semua dalam mencari pekerjaan dirahmati dan diberi kejayaan. Selamat Mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati