Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29 Effective April 2021

Penolong Pegawai Tanah
Penolong Pegawai Tanah

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29 ini merupakan tawaran kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Mei 2021 (Selasa).

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29 ini akan ditempatkan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan Kosong

  • Jawatan: Penolong Pegawai Hal Tanah
  • Jabatan: Perkhidmatan Awam Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan
  • Gred Jawatan: NT29
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Penolong Pegawai Tanah NT29

6ca7d1df e0d1 4486 b632 90fa319111bc 6
Penolong Pegawai Tanah
Gaji Minimum RM 1,493.00
Gaji Maksimum RM 5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tanah NT29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Kelayakan Akademik:

  • Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah atau
    bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00) ; atau
  • Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15); dan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

3db219bf f3ef 400d 9b10 65c8d79f00f5 4

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong kerajaan yang lain:

  1. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  2. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  3. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  4. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  5. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  6. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  7. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  8. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  9. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  10. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT29 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua terutamanya kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati