Salam sejahtera, maklumat terbaru mengenai jawatan baru dibuka bagi mereka yang masih mencari pekerjaan tetap atau tidak mempunyai pekerjaan ketika ini. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengumumkan kekosongan jawatan yang boleh dipohon pada bulan Oktober ini. Jawatan ini adalah peluang keemasan yang patut dimohon pada mereka masih tiada pekerjaan. Personal Mystep KPDN diperlukan untuk tempoh dari Oktober hingga Disember 2023. Diharapkan peluang pekerjaan ini dapat membantu anda mendapatkan pengalaman bekerja dalam sektor kerajaan.
Sertai telegram kami yang menyalurkan info kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:
Penerangan Pengambilan Jawatan Mystep KPDN
Isi Kandungan
Maklumat Lengkap Jawatan
Sekretariat Perdagangan Dalam Negeri KPDN WP Putrajaya dengan ini ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan segera bagi permohonan personal mystep dengan status lantikan secara kontrak seperti berikut:
JAWATAN KOSONG | KELAYAKAN | PENEMPATAN |
---|---|---|
Personel MySTEP | Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian | Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan KPDN, Putrajaya |
Tarikh Tutup Permohonan Mystep KPDN
Untuk makluman kepada semua calon yang berminat untuk memohon, tarikh permohonan iklan kerjaya ini ditutup pada 9 Oktober 2023 pada hari Isnin 11:59 malam.
Tempoh Kontrak Mystep Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Untuk makluman semua kontrak yang dibuka KPDN bermula bulan Oktober sehingga 31 Disember 2023. Jika pihak KPDN masih memerlukan tenaga atau anda prestasi dalam kerja mungkin kontrak anda akan disambung berdasarkan keperluan KPDN Putrajaya.
Kriteria Permohonan yang di Perlukan
✓ Warganegara Malaysia.
✓ Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
✓ Mempunyai kelayakan akademik seperti di atas.
✓ Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
✓ Mempunyai kemahiran pengendalian komputer dengan baik.
✓ Berdisiplin dan boleh bekerja di bawah tekanan.
✓ Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum.
✓ Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan.
Kadar Bayaran Imbuhan Bulanan
Untuk pengetahuan pemohon kadar gaji bagi Personal Mystep berdasarkan kelayakan anda:
- Penolong Penyelaras Program (MyStep 41) : RM 2,100
Kelebihan Bekerja Sebagai Personal Mystep KPDN Putrajaya
- Kadar Gaji Lumayan
- Caruman Perkeso
- Caruman KWSP
- Cuti Rehat
- Cuti Sakit
Langkah Permohonan Kerja Mystep di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
Iklan Penuh Jawatan
Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang dikongsikan:
Langkah Permohonan untuk Para Calon Personal Mystep KPDN
Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.
Langkah 1
Makluman untuk pemohon bagi langkah pertama cara untuk memohon, anda dikehendaki untuk menyediakan beberapa dokumen penting terlebih dahulu seperti dibawah:
- Resume terkini berserta gambar berwarna
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 (dicetak melalui MySejahtera)
- Salinan sijil-sijil yang berkaitan
Langkah 2
Setelah anda berjaya meyediakan dokumen yang diingikan oleh pihak majikan, permohonan secara rasmi bersama resume yang terkini hendaklah dikemukakan melalui emel :
Emel Rasmi KPDN : |
---|
[email protected] atau Puan Raha Abdullah di talian 03- 8882 7906 |
Latar Belakang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Maklumat Ringkas KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.
Visi & Misi Kemnenterian Perdagangan Dalam Negeri
KPDN sedang mengorak langkah ke arah menjadi Kementerian Premier Negara berpandukan oleh visinya iaitu :
- Perdagangan dalam negeri yang progresif, mampan.
- Pendayaupayaan pengguna.
- Kos sara hidup yang stabil.
Terdapat 4 misi Kementerian iaitu :
- Mengukuhkan perdagangan dalam negeri melalui penciptaan nilai dan pendigitalan.
- Membudayakan pengguna yang rasional bagi meningkatkan kualiti hidup.
- Memastikan kebolehcapaian bekalan barang pada harga yang berpatutan.
- Memperkukuh tadbir urus dan mengadaptasi teknologi ke arah organisasi cemerlang.