Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29 Effective April 2021

Jawatan Kosong Penolong Pemelihara Hutan G29

Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29 ini merupakan tawaran kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Mei 2021 (Selasa).

Jawatan Penolong Pemelihara Hutan G29 ini akan ditempatkan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan Kosong

  • Jawatan: Penolong Pemelihara Hutan
  • Jabatan: Jabatan Perhutanan Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Gred Jawatan: G29
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Penolong Pemelihara Hutan G29

Gaji Minimum RM 1,494.00
Gaji Maksimum RM 5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pemelihara Hutan G29

fisherman 5970480 640 1

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Kelayakan Akademik

  • Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29:RM1,494.00); atau
  • Diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
    Kerajaandaripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan di Gred G19/20,
G22, G26 atau G28 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pemelihara Hutan
Gred G29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan, dan

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas
  • lulus Peperiksaan Khas, dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong kerajaan yang lain:

  1. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
  2. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  3. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  4. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  5. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  6. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  7. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  8. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  9. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  10. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  11. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29 ini dapat memberi informasi kepada mana-mana individu berkelayakan yang berminat untuk memohon jawatan ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi hebahan jawatan kosong ini kepada sesiapa sahaja yang selayaknya.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati