Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar Cuti Sekolah 2024 : Tarikh Cuti Panjang Dari Bulan 11 2023 Hingga Bulan 3 2024

Cuti Sekolah 2024

Mesti ramai ingin tahu tarikh cuti sekolah 2024 dan tarikh cuti penggal sekolah? kami kongsikan kalendar cuti sekolah 2024 ini supaya boleh dijadikan bahan rujukan untuk anda membuat perancangan atau sebarang program di peringkat sekolah, keluarga, sahabat dan sebagainya.

Untuk perkongsian kalendar kali ini, iaitu mengenai cuti umum yang jatuh dan bersambung pada hujung minggu atau dipanggil dengan long weekend supaya anda boleh membuat persediaan awal bagi tarikh-tarikh tersebut.

Kalendar Cuti Sekolah 2024 yang Terbaru

Maklumat Cuti Hujung Minggu Disambung Dengan Cuti KPM

Kita ketahui kalendar cuti umum dan cuti sekolah dari KPM telah dikeluarkan bermula dari tahun 2023 hinggalah pada tahun hadapan 2024. Pemberitahuan cuti persekolahan adalah satu kebiasaan dibuat oleh KPM bagi setiap sesi pembelajaran tahunan.

Oleh itu, kebanyakkan cuti persekolahan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia jatuh berdekatan pada hujung minggu dan menambahkan lagi tempoh percutian.

Jadual Cuti Weekend & Cuti Persekolahan

Untuk rujukan para guru, ibubapa dan pelajar bagi tahun ini dan tahun hadapan, dijadikan jadual ini supaya orang ramai boleh merancang dan membuat persediaan rapi untuk mengisi waktu cuti anda semua. Boleh rujuk jadual dibawah:

TarikhBulanJumlah Hari CutiCatatan Am
10/11/23 – 14/11/23November5 hariCuti Deepavali + Cuti KPM bagi 2 hari
15/12/23 – 1/1/24Disember17 hariCuti Krismas + Cuti Penggal Sekolah
9/2/24 – 9/3/24Februari & Mac30 hariCuti Raya Cina + Cuti Akhir Persekolahan
photo 2023 11 07 12 37 05

Info Cuti Tambahan Bagi Penjawat Awam & Swasta

Tarikh Long Weekend Bagi Semua Pekerja

Dalam sebuah perkongsian dalam twitter, beliau kongsikan beberapa tarikh yang menarik pada tahun 2024 iaitu cuti hujung minggu jatuh dengan cuti umum dan boleh ditambah dengan cuti anual leave atau mc bagi menambahkan cuti anda.

Berikut idea yang dikongsikan beliau dan kami letak dalam jadual supaya mudah untuk anda take noted:

BulanTarikhJumlah Hari CutiCatatan Am
Januari25/1/24 – 28/1/244 hariCuti Thaipusam + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
Februari1/2/24 – 4/2/244 hariCuti Federal + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
Februari9/2/24 – 13/2/245 hariCuti Raya Cina + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
Mac28/3/24 – 31/3/244 hariCuti Nuzul Quran + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
April10/4/24 – 15/4/246 hariCuti Raya Aidilfitri + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
Julai5/7/24 – 8/7/244 hariCuti Awal Muharram + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
Oktober – November31/10/24 – 3/11/244 hariCuti Deepavali + Cuti Weekend + Annual Leave/MC
Dapatkan jadual pelepasan awam

Jom lihat posting dari beliau, hariz haziq mengenai cuti-cuti tambahan boleh semua pekerja buat.

long weekend cuti 2023 576x1024 1
long weekend cuti 2024 1024x1024 1
long weekend cuti 2024 1 1024x1024 1

5 Aktiviti Best Ketika Cuti Sekolah

Setelah perkongsian kami mengenai cuti sudah semestinaya orang ramai ingin tahu aktiviti menarik boleh diisi ketika cuti persekolahan atau cuti umum. Kami sarankan kepada orang ramai untuk buat persiapan awal agar dapat menjayakan aktiviti ini.

Berikut lima aktivit yang menarik dan best untuk kita dan anak-anak lakukakan supaya mereka terhibur dan dapat menambah pengetahuan semasa cuti mereka.

  1. Lawatan Ke Tempat Boleh Menambah Pengetahuan : Lawatan ke mezium, zoo, pusat sains, kilang buatan dan sebagainya. Sesuai untuk isi masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada masa yang sama dapat menambah keseronokan dan pengetahuan dalam pendidikan. Kadang-kadang tempat sebegini, mereka akan sediakan satu ruang pameran untuk pengunjung bagi tujuan pembelajaran dan maklumat.
  2. Jalan- Jalan atau Mendaki : Isikan dengan melihat keajaiban ciptaan Allah swt dan ceritakan sedikit nasihat dan pengajaran tentang kehidupan. Pada masa yang sama, boleh tambahkan pengetahuan mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan,alam sekitar dan lain-lain lagi.
  3. Eksperimen Sains secara DIY : Tanamkan satu rangsangan inkuiri kepada anak dengan membuat eksperimen DIY. Contoh yang mudah untuk dibuat dengan bahan DIY adalah gunugn berapi mini, lampu kecil buatan sendiri dan pelbagai eksperimen menarik yang sesuai minat mereka.
  4. Berkebun atau Bercucuk Tanam : Jika anda mempunyai halaman depan atau belakang yang luas , anda boleh gunakan halaman tersebut untuk mengajar cara berkebun dengan betul atau anda boleh kongsikan manfaat dan keperluan kita kepada tumbuhan.
  5. Ajak Buat Aktiviti yang mereka suka : Ini merupakan peluang kita untuk memahami dan rapatkan lagi hubungan kita dengan anak-anak atau pelajar. Kesannya akan menambahkan lagi keseronokan mereka pada hari cuti persekolah mereka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati