Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Effective April 2021

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini merupakan tawaran kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Mei 2021 (Selasa).

Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini akan ditempatkan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan Kosong

  • Jawatan: Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Jabatan: Jabatan Agama Islam Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Gred Jawatan: S29
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

job 5382501 640 5
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Effective April 2021 3
Gaji Minimum RM 1,493.00
Gaji Maksimum RM 5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Kelayakan Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah
layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas
  • lulus Peperiksaan Khas, dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun, atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun, atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Hanya permohonan yang dibuat dalam tempoh iklan sahaja akan diproses.

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong kerajaan yang lain:

  1. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  2. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  3. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  4. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  5. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  6. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  7. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  8. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada mana-mana individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan khususnya buat rakyat negeri Perak. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati