Jawatan Kosong Pembantu Makmal Gred C19 ini merupakan jawatan kosong terkini yang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan awam sehingga tarikh tutup permohonan pada 2 Mei 2021 (Ahad), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 1 kekosongan dan 20 simpanan yang dibuka bagi pengambilan kali ini.
Pengambilan jawatan Pembantu Makmal Gred C19 ini akan ditempatkan di bawah Jabatan Kimia Malaysia, dan juga di pelbagai kementerian/jabatan (Sarawak). Pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut untuk menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Memiliki keterampilan yang baik
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
- Memiliki bakat kempimpinan
- Memiliki ciri-ciri jati diri yang cemerlang, dan
- Memiliki kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan.
Deskripsi Tugas Pembantu Makmal Gred C19
Isi Kandungan
Individu yang dilantik ke jawatan ini adalah bertanggungjawab untuk menggalas tugas-tugas berikut:
- Membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya.
- Membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya.
- Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.
Jadual Gaji Pembantu Makmal Gred C19
Gaji Minimum | RM 1,357.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,008.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Pembantu Makmal Gred C19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia, dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan
Syarat Kelayakan Akademik
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,357.00) atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred C19 : RM1,413.40) atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1469.80)
Bidang SKM Tahap 2
- Juruteknik Makmal Bioteknologi Umum
- Juruteknik Makmal Analitikal
- Operasi Makmal Kimia
- Operasi Makmal Molekular Biologi
Bidang SKM Tahap 3
- Juruteknik Kanan Makmal Biteknologi Umum
- Juruteknik Kanan Makmal Analitikal
- Operasi Makmal Kimia
- Operasi Makmal Molekular Biologi
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Iklan SPA9 Pembantu Makmal Gred C19
Cara Permohonan
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:
Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain:
- 115 Kekosongan Pembantu Awam Gred H11
- Jawatan Kosong Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
- Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
- Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
- Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
- Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
- Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
- Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
- 695 Kekosongan Jawatan SPANS
- Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Makmal Gred C19 ini bermanfaat buat anda semua terutamanya lepasan SPM yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan. Selamat Mencuba Semua!