Home Terkini

Semakan Temu Duga Fasa 2 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-off Tahun 2021

Semakan Temu Duga Fasa 2 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-off Tahun 2021

Semakan Temu Duga Fasa 2 Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-off Tahun 2021 ini merujuk kepada Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 yang mana permohonannya telah dilakukan secara dalam talian pada 7 Julai sehingga 21 Julai 2021 yang lalu.

Senarai Opsyen Panggilan Temu Duga Fasa 2

Semakan panggilan temu duga Fasa 2 adalah bagi opsyen-opsyen berikut:

  1. Bahasa Inggeris;
  2. Bahasa Melayu;
  3. Bimbingan dan Kaunseling;
  4. Grafik Komunikasi Teknikal;
  5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
  6. Pendidikan Khas;
  7. Pendidikan Seni / Seni Visual;
  8. Reka Cipta; dan
  9. Sejarah.

Cara Semakan Temu Duga Fasa 2
Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-off Tahun 2021

Para pemohon boleh membuat semakan status permohonan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 (FASA 2).
  2. Sila isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh :731211105455) pada kotak yang tersedia.
  3. Akhir sekali, klik ‘Hantar’ untuk mengetahui status jawapan permohonan anda.

Khas Buat Pemohon Yang Tidak Berjaya

Bagi pemohon yang tidak berjaya untuk fasa temu duga tersebut, anda masih boleh membuat permohonan untuk menjadi salah seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara kontrak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pautan yang disediakan ini. Anda juga disarankan untuk membuat permohonan dengan kadar segera sementara tempoh permohonan masih dibuka dan sah.