Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Effective Tahun 2021

Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021

Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 ini merujuk kepada Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 yang mana permohonannya telah dilakukan secara dalam talian pada 7 Julai sehingga 21 Julai 2021 yang lalu.

Tarikh Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa urusan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021.

Calon yang Terlibat

962d49ee cacc 4aaa 9fc1 0edadb60e448 3

Urusan temu duga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP. Setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.

Senarai Opsyen Panggilan Temu Duga Fasa 1

Panggilan temu duga Fasa 1 boleh disemak di portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen-opsyen berikut:

  1. Bahasa Cina
  2. Bahasa Semai
  3. Bahasa Iban
  4. Bahasa Kadazandusun
  5. Muzik
  6. Tahfiz
  7. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  8. Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC)
  9. Pendidikan Khas (SJKC)
  10. Pendidikan Moral (SJKC)
  11. Muzik (SJKC)
  12. Sejarah (SJKC)
  13. Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
  14. Matematik (SJKC)
  15. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)

Temu Duga bagi Opsyen-opsyen Lain

Temu duga bagi opsyen-opsyen lain pula akan dilaksanakan pada fasa-fasa seterusnya yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP.

Selain itu, SPP juga ingin memaklumkan bahawa pemakluman panggilan temu duga adalah hanya kepada calon yang layak sahaja. Calon-calon yang memohon tetapi tidak melepasi tapisan tidak akan menerima sebarang pemakluman semasa proses semakan temu duga kelak.

Justeru, SPP ingin mengingatkan kepada semua calon yang memohon untuk sentiasa bersedia dan melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan urusan temu duga bagi pengambilan khas SPP ini boleh dirujuk menerusi halaman rasmi Facebook SPP DI SINI.

Anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas Covid-19 Bermula 6 September ataupun Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan banyak lagi di Sistem Guru Online.

Semoga perkongsian Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua, khususnya buat semua para pemohon yang terlibat. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati