Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerjasama NUTP dengan Yayasan YTL akan Memberikan Internet Percuma kepada Lebih 10 Ribu Orang Guru

Kerjasama NUTP dengan Yayasan YTL akan Memberikan Internet Percuma kepada Guru

Kerjasama NUTP dengan Yayasan YTL akan memberikan internet percuma kepada guru di seluruh Malaysia.

Pada 16 April lalu, Yayasan YTL telah menandatangani satu perjanjian bersama Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi YES, akan memberikan kemudahan Internet secara percuma kepada guru-guru di negara ini.

Khas Untuk Ahli NUTP

Penerima adalah ahli NUTP seramai 230,000 orang akan diberikan satu kad SIM dan internet 40GB data secara percuma akan dihantar terus ke kediaman mereka tanpa sebarang caj tambahan.

kad sim YTL

Aminuddin Awang selaku Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bersama Pengarah Urusan YTL iaitu Yeoh Seok Hong telah menandatangani memorandum di AC Hotel, George Town, Pulau Pinang pada 16 April lalu.

408504843 10232014638086808 3042677222707040813 n 3

Menurut Aminuddin Awang, pemberian Internet percuma ini merupakan inisiatif yang amat diperlukan oleh sektor pendidikan terutamanya dalam ketika negara sedang mengalami wabak pandemik Covid-19. Bagi memastikan sektor pendidikan tidak mengalami sebarang kesulitan dan sebarang gangguan, pemberian Internet percuma ini sangat wajar untuk membantu para pendidik menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Di samping itu, beliau juga berkata ini adalah langkah inisiatif pertama yang diambil bagi mengelakkan para guru mengalami masalah akses data mudah alih ketika melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran secara maya. Para guru juga merupakan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa berjalan lancar. Berikut merupakan ucapan Pengerusi NUTP pada 16 April lalu:

Bagi para pelajar yang kurang berkemampuan pula, langkah seterusnya akan diambil untuk memberikan mereka peranti dan data akses secara percuma bagi memastikan para pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran. Seperti kita sedia maklum, sesi persekolahan di seluruh negara telah terjejas sejak Mac lalu.

Selain itu, beliau juga berkata akan sentiasa menyokong langkah inisiatif yang diambil oleh YTL Foundation iaitu “Learn From Home” serta telah memilih pelajar-pelajar daripada golongan keluarga B40 yang layak menerima bantuan telefon pintar beserta data akses untuk mengikuti pembelajaran secara maya. Tambahan daripada ucapan beliau :

“Kami amat bersyukur dengan usaha yang dilakukan YTL Foundation yang telah menyediakan telefon pintar serta data akses secara percuma beserta kandungan pembelajaran secara percuma kepada pelajar daripada keluarga B40”.

Maklumat lebih lanjut boleh layari : YTL Foundation

Sebelum ini kami ada berkongsi beberapa bantuan kerajaan seperti Pembayaran Bantuan Insentif Khas Penjawat Awam, Bantuan Mikro Pemerkasa BSN RM50,000.

Akhir kata, diharapkan bantuan yang disalurkan oleh Kerjasama NUTP dengan Yayasan YTL akan Memberikan Internet Percuma kepada Guru dapat membantu dan memberikan kegembiraan kepada para guru dalam melaksanakan tugas mereka secara bersemuka dan juga di dalam talian. Bersama-samalah kita meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini agar setanding dengan negara-negera besar yang lain.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati