BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA BERSAMA DATA INTERNET UNTUK GOLONGAN B40

laptop internet

Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu memudahkan proses pembelajaran terutama bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat dari penularan wabak Covid-19. Para pelajar dikehendaki melanjutkan proses pembelajaran mereka dari rumah secara atas talian di mana ia memerlukan pelajar-pelajar ini untuk mempunyai kemudahan computer riba dan akses internet yang baik.

Menteri Pengajian Tinggi telah mengumumkan inisiatif bantuan ini disasarkan kepada semua pelajar university yang berada dalam kategori B40 oleh pihak KPT.

Pelajar tidak perlu membuat permohonan untuk bantuan ini kerana pihak university sendiri akan menghubungi setiap pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini.

JENIS BANTUAN :

  1. Pinjaman computer riba
  2. Computer riba percuma
  3. Bantuan kewangan istimewa
  4. Pemberian wang tunai

Bagi memohon pelan data internet, pelajar tidak perlu membuat permohonan kerana pihak university sendiri akan memaklumkan kepada pelajar yang layak. Pelajar akan dihubungi dan diberikan kad sim atau ada juga bantuan yang diberikan dalam bentuk wang tunai yang dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Untuk anda yang ingin mendapatkan bantuan khas computer riba (untuk pelajar IPT shj), boleh klik link di bawah :

  1. Computer riba acer : https://store.acer.com/en-my/promotion/students
  2. Computer riba Samsung : https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
  3. Computer riba Apple : https://www.apple.com/my/education/higher-education/

Jika pelajar ingin memohon pakej data internet khas pelajar, mereka boleh mengunjungi mana-mana cawangan telco seperti Celcom,Maxis atau Digi yang berdekatan dan mengemukakan kad pengenalan bersama kad pelajar/matrik.