24 Kekosongan Jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang.
Yayasan Islam Pulau Pinang mempelawa individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan sebagai Guru KAFA Menengah Pulau Pinang bertaraf jawatan kontrak (sambilan).
Syarat Permohonan Guru KAFA
Isi Kandungan
Individu yang menepati syarat kelayakan adalah digalakkan untuk mengisi kekosongan tersebut. Berikut merupakan syarat permohonan bagi jawatan Guru KAFA Menengah negeri Pulau Pinang bagi tahun 2021:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh permohonan ditutup.
- Berkelulusan sekurang-kurangya STAM atau diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam.
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Langkah-langkah Permohonan
Permohonan perlulah dihantar secara atas talian (online) mengikut cara yang telah dinyatakan di dalam iklan seperti di bawah:
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang yang disediakan di bawah.
- Isi borang menggunakan huruf besar.
- Setiap permohonan WAJIB disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Resume.
- Sijil-sijil Peperiksaan dan Akademik.
- Kad Pengenalan.
- Gambar Berukuran Pasport
- Permohonan yang lewat atau tidak menepati syarat atau tidak lengkap bakal ditolak dan tidak akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021 (Khamis) jam 5.00 petang.
Iklan di bawah menunjukkan maklumat lanjut berkenaan dengan gaji dan faedah yang ditawarkan. Sila rujuk iklan di bawah:
Individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, sila isikan borang permohonan melalui pautan Google Form di bawah:
PERMOHONAN GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG (google.com)
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021.
NOTA:
Permohonan yang lewat atau tidak mencukupi syarat atau tidak lengkap akan ditolak dan tidak dipanggil untuk temuduga.
Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan, sila rujuk iklan penuh di Facebook Yayasan Islam Pulau Pinang.
Pautan Iklan:
Kekosongan Jawatan Guru KAFA Pulau Pinang
Penutup
Diharapkan agar perkongsian mengenai 24 Kekosongan Jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai. Sebelum ini, kami juga ada berkongsi berkenaan dengan iklan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Kontrak, Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 dan Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Gred Q41.
Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini.