Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga Effective 31 Disember 2021

Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021

Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai baru-baru ini dalam menggunakan perkhidmatan agensi-agensi di bawahnya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, MOT telah memutuskan untuk memberi pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021. Selaras dengan keputusan ini, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang telah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh pihak JPJ serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Disember 2021.

Pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah. Sijil Perlindungan Insurans (e-cover note) yang sah perlu dipaparkan dan ditunjukkan bagi tujuan pemeriksaan.

Pelanjutan Pengecualian : Pembukaan Kaunter JPJ & Rakan Strategik (PUSPAKOM) di Seluruh Negara Mulai 6 September

Selain daripada itu Pelanjutan Pengecualian, MOT mengambil inisiatif terhadap keperluan orang ramai menerusi pengoperasian semua kaunter JPJ di seluruh negara dan juga kaunter rakan strategik JPJ (Puspakom) dengan kapasiti 100% secara walk-in mulai 6 September 2021. Antara lain ia bertujuan memastikan orang ramai dapat melaksanakan urusan pembaharuan LKM dan LMM dengan lancar dalam tempoh pelanjutan yang dibenarkan.

Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas. Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Mulai 6 September 2021 juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ.

Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan

Perkhidmatan Secara Dalam Talian

Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM.

MOT ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berurusan di mana-mana kaunter JPJ termasuk memakai pelitup separuh muka, menggunakan cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer’, mengamalkan penjarakan fizikal dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ menggunakan aplikasi MySejahtera.

408645060 1544107106408948 5518390883055601917 n

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan pelanjutan pembaharuan LKM dan LLM ini boleh dirujuk menerusi pautan SIARAN MEDIA MOT 3 SEPT 2021 – PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LKM DAN LMM DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DIS 2021.pdf

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Pelanjutan Pengecualian Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia Sehingga 31 Disember 2021 ini dapat memberi informasi terkini kepada anda semua. Anda semua juga digalakkan untuk berkongsi hebahan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati